Archive for July, 2010

31
Jul
10

Bubur jagung dan durian

Mula-mula dapatkan jagung segar @ jagung tin, dan durian. Err…….. lupa nak snap gambor durian lak ! Adoi…….

.

.

Masaklah bubur jagung bersama beberapa ulas durian dengan sedikit air, kemudian bubuh daun pandan, gula , sedikit garam dan santan serta gula melaka atau gula merah. Masak secukup rasa.

.

.

Puding jagung durian ni boleh dimakan ketika suam atau sejuk bersama air batu. Jemputlah….. hihi……

28
Jul
10

Asam pedas ikan baung

Ikan baung ni banyak terdapat di sungai di sini. Kawan abang yang beri, dia menjala malam tu. Abang dan anak-anak suka makan. Tie ni kurang sikit, minat pada ikan sungai. Tapi, tetap masak untuk mereka .. :P

Ini Tie dah siang dan buang sengatnya. Leceh sikit, agak berlendir sebab masih segar. Rendam dulu sekejap dalam air beras atau air asam jawa untuk mengurangkan rasa hanyir. Okaylah tu.

Nak masak asam pedas ni mudah je. Bawang kecil, bawang putih dan lada kering (atau lada merah) serta sedikit kunyit hidup diblender. Kalau nak bubuh belacan sikit pun boleh.

Kemudian tumislah hingga naik baunya. Bubuh air asam jawa (bukan asam keping tau!) dan air tapi janganlah sampai cair sangat. Bila dah didih, masukkan ikan dan daun kesom tu. Rasalah garamnya….

.

.

.

Kekadang Tie bubuh bunga kantan. Abang suka sangat. Tapi hari tu tak ada pulak. Jadi, masak ajelah apa yang ada.

27
Jul
10

Roti telur berlapis @ murtabak berlapis

Roti telur ni biasanya mak buat waktu petang. Kekadang untuk berbuka puasa. Kami sekeluarga kurang makan nasi. Lebih suka makan mee atau lain-lain .

  • Caranya seperti buat murtabak. Cuma kami guna telur dan hirisan bawang sebagai intinya. Tie ada tabur sedikit daging cincang yang telah dimasak. Tak bubuh serbuk kari pun.
  • Gunakan non-stick pan, bubuh minyak sedikit. Kemudian lapiskan sehelai adunan tepung ( tepung, garam dan air, buat doh seperti untuk buat murtabak atau roti canai)  yang nipis sebagai lapisan bawah.
  • Bubuh campuran telur (3 biji) dan hirisan bawang besar. Taburkan daging cincang yang dimasak sedikit, kalau suka. Mak biasa tak bubuh pun.
  • Kemudian lapiskan sehelai adunan tepung lagi.

  • Tuangkan campuran telur, hirisan bawang dan daging cincang lagi… Macam buat lasagna je.
  • Buatlah beberapa lapis tapi jangan tinggi sangat. Sama tinggi dengan pan tu. Lagipun takut susah nak masak sebab kita goreng atas dapur gas je.
  • Masa memasak ni tutup pan tu supaya intinya masak. Api kena perlahan….
  • Selak dan tengok lapisan bawahnya supaya tidak hangus. Bila lapisan bawah kelihatan masak cantik, balikkan perlahan untuk masakkan lapisan atasnya.

.

.

Inilah hasilnya. Buat jangan gopoh-gopoh. Boleh makan dengan acar timun atau sos tomato begitu sahaja. Makan ketika panas, tau !!

24
Jul
10

Bubur Gandum

Mula-mula, dapatkan biji gandum dahulu.

  1. Basuh bersih dan rendamlah barang sejam dua. Biar ia kembang dan rebuslah hingga lembut.
  2. Rebus bersama sehelai daun pandan.
  3. Bila dah empuk dan lembut, baru boleh bubuh gula, gula melaka atau gula merah, sedikit garam.
  4. Masukkan santan akhirnya dan rasa.

.

.

Inilah bubur gandum pertama Tie. Bolehlah tahan. Ada orang buat bubur gandum guna tepung gandum yang digentel kecil-kecil. Tie belum cuba lagi. Nantilah, bila rajin….. :P

19
Jul
10

Lai Chi Kang

Bahan-bahan dan cara membuatnya :-

a.  2-3 biji kembang semangkuk (rendam sampai kembang)

b.  Rebus air dalam periuk, masukkan beberapa biji red dates yang kering, longan kering, gula batu (segengam) , barli (sukatan ikut suka), halwa kundur dan kembang semangkuk yang telah kembang.

c.   Oh.. jangan lupa bubuh daun pandan sekali. Barulah baunya harum.

d.   Bila dah masak semuanya, Red dates pun dah lembut, barulah tambah gula ikut rasa sendiri.

Ini cuma bahan asas. Ada banyak lagi bahan yang boleh ditambah. Lai chi kang ni boleh dinikmati tika panas mahupun sejuk.

Selamat mencuba.

16
Jul
10

Sambal tumis petai dan ikan bilis

Tie lebih suka sambal tumis ikan bilis dari udang. Memang sedap bila dimakan dengan nasi panas-panas, kan…….

08
Jul
10

Roti Jala

Roti jala ni dah berzaman. Tapi saja tepek gambar di sini buat rujukan.

08
Jul
10

Muffins

Dah lama buat muffin ni, baru teringat nak tepek gambar di sini. Resipi dari blog Cikwan. Asal resepi Blueberry Muffins tapi Tie ganti dengan serpihan cokelat je. Sedap jugak.

Dah lama buat muffin ni, baru teringat nak tepek gambar di sini. Resipi dari blog Cikwan. Asal resepi Blueberry Muffins tapi Tie ganti dengan serpihan cokelat je. Sedap jugak.




Blog Stats

  • 62,715 views

 

July 2010
M T W T F S S
« May   Aug »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Categories

Jamu Mata

Udang harimau ni diterbangkan khas dari Sabah

Nasi hujan panas ni buat pertama kali. Terlebih pewarna, hehe....

Nasi mandhi bersama briayani ayam dan daging black pepper

Pudding Lapis Strawberry dan Chocolate

Cupcake ni adalah hadiah Tie kepada keluarga pengantin (adik ipar)

Puff pastry , mini pie


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.