Ayam paprik adalah antara masakan mudah untuk mereka yang baru belajar memasak, atau yang malas macam kita, ekekeke…….
Bahan-bahannya,
- Potongan kecil ayam (tanpa tulang)
- Bawang merah, bawang putih, halia yang dicincang halus
- Sedikit paste cili mesin
- Lada bangala pelbagai warna, dipotong kecil
- Hirisan lobak merah
- Baby Corn, jika suka
- Sos tiram, 2 sudu besar
- Daun limau purut (dikoyakkan) dan serai diketuk.
- sedikit gula dan garam sebagai perasa.
- Daun ketumbar sebagai hiasan
Goreng ayam yang digaul dengan sedikit kunyit dan garam hingga separuh masak, lalu angkat dan letak tepi. Tumis bawang-bawang, serai, halia dan paste cili mesin hingga naik minyak. Masukkan lobak merah, lada banggala dan ayam.
Masukkan sos tiram, sedikit air untuk kuahnya dan baby corn. Masak sepenuhnya, bubuh pula daun limau purut dan angkat. Hias dengan hirisan daun ketumbar.







betul tu kak tie..bila malas je n tk tau nk masak apa, buat je lah paprik..nak nak lagi kalau ada pokok limau purut kat belakang rumah, petik je daun limau tu dah siap paprik satu pinggan
Haha…. memang pon! Boleh masak sambil nyanyi lagik!!
Morning Akak Tie….
Errrrkkkk, mana gambar wajah ayu Ayam Padprik?? Tak nampak pun…..
Nampak resepinya je…..
‘
‘
‘
‘
‘
Akak Tie makan sampai habis ye??
Ada la Zyma, Cuba load lagi sekali..
Dah nampak dah…….
Sedap & menarik….