01
Nov
10

Kek Chiffon

Dulu, Tie selalu buat kek chiffon, hampir setiap minggu. Macam-macam perisa dan warna Tie bereksperiment. Tersangatlah seronok.

Kek chiffon ni berperisa strawberry dan cokelat. Resepi asalnya ialah Chiffon Pandan.

Resepi ni Tie cilok dari Tepung Naik Sendiri (SRF) yang mak beli dulu. Ada buku resepi dalam kotak tu… Tak ingat lak jenama apa…

Bahan-bahannya :

A

  • Tepung Naik Sendiri(SRF)     115 g
  • Gula kastor                                  90 g
  • Serbuk Penaik                          1/2 sudu teh
  • garam halus                              1/2 sudu teh

B

  • Kuning telor                                3 biji
  • Minyak jagung                           27.5 g  (Tie guna minyak masak biasa jer)
  • santan                                           30 g    (kekadang ganti dengan susu kalau nak guna perisa lain)
  • Sari pandan dan air                 75 g   (boleh ganti dengan air oren jika nak buat chiffon oren)

C

  • Putih telur             3 biji
  • Krim tartar            secubit jer
  • Gula kastor            90 g

Caranya :

  1. Panaskan oven pada suhu 180 C.
  2. Ayak tepung 2 kali dan masukkan (A) dalam mangkuk pembancuh.
  3. Menggaulkan (B) dengan (A) hingga rata dan semua gula dilarutkan.
  4. Pukul putih telur dan krim tatar dalam mangkuk hingga kembang dan dengan perlahan campurkan gula dan pukul rata.
  5. Campurkan adunan putih telur dan gula tadi ke dalam adunan (B)(A). Masukkan sedikit-sedikit, kaut, potong tapi jangan over lak. Tuangkan dalam acuan berdiameter 8.5 inci dan bakar.
  6. Bila dah masak, terbalikkan atas redai, dan biarkan sejuk (jangan tanggalkan dari acuan dulu)
  7. Bila dah sejuk, barulah guna pisau, kikis perlahan supaya kek tu dapat keluar dari acuan dengan kemas. Guna pisau nipis dan panjang serta tajam.

~ Tak perlu minyakkan acuan , biarkan ia melekat pada acuan, supaya kek ini dapat memegang dan stabil bentuknya bila masak.

Cara membuat tepung naik sendiri (Self Raising Flour)

  1. Tepung gandum     1 cawan
  2. Baking powder       1 sudu teh
  3. Baking soda         1/4 sudu teh
  4. Garam                     1/4 sudu teh

~Walaupun buat kek chiffon ni leceh, tapi hasilnya memuaskan. Kalau bantat, jangan putus asa. Mungkin ada silap di mana-mana. Masa nak pukul putih telur tu pastikan bekas dan alatannya bersih dan kering. Kalau tak susah nak dapatkan hasil yang memuaskan. Selamat mencuba!

About these ads

6 Responses to “Kek Chiffon”


  1. 1 kin
    November 1, 2010 at 2:22 pm

    wa…..lawo la kek chiffon kak ti!
    dulu penah cuba jugak, tapi hasil tak berapa memuaskan,
    ni dah blk sini…ntah bila la lagi boleh cubalagi..ihhihhih..

    • 2 Tie
      November 1, 2010 at 5:26 pm

      Laa… Kin!
      Lama tak dengar khabar?
      Sihat ke ?
      Kek chiffon ni sebenarnya mudah tapi kena hati-hati bila campurkan adunan putih telur tu. Kalau over kacau, ia merajuk nak naik, hehe… Nanti senang cubalah buat. Adunan ni cukuplah untuk sekeluarga.

  2. 3 ima
    November 1, 2010 at 7:20 pm

    salam kak tie…wahhhh dah siap dah kek kak tie…menjadi dan cantik naiknya…sedap dah tentulah kan…

  3. 5 mely
    November 27, 2010 at 1:53 pm

    kek chiffon yg cannnnntik.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Blog Stats

  • 146,856 views
November 2010
M T W T F S S
« Oct   Jan »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Categories

Jamu Mata

Udang harimau ni diterbangkan khas dari Sabah

Nasi hujan panas ni buat pertama kali. Terlebih pewarna, hehe....

Nasi mandhi bersama briayani ayam dan daging black pepper

Pudding Lapis Strawberry dan Chocolate

Cupcake ni adalah hadiah Tie kepada keluarga pengantin (adik ipar)

Puff pastry , mini pie


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: