Sediakan bahan-bahan mentah steamboat, potong sesuai untuk dimakan, cucukkan pada lidi dan basuh sekali lagi. Biarkan lidi tu basah supaya tak mudah hangus atau terbakar nanti.
Boleh bakar atas bara api atau api gas tu, sila guna api yang perlahan .
Sosnya:
- 3 sudu besar sos cili (kita guna jenama Life)
- 1 sudu besar kicap manis (kita guna cap Kipas Udang)
- 1 sudu kecil sos tiram (kita guna jenis Life)
- 1 tongkol (besar ibu jari) gula melaka @ gula merah @ nisay (palm sugar)
- 1 sudu besar tepung gandum dibancuh rata dengan 4-5 sudu besar air
- setengah cawan air
- 2 sudu besar bijan yang disagai.
Caranya:
Kesemuanya dimasak hingga mendidih dan pekat. Kandungan air boleh diubah suai ikut kepekatan yang disukai.
Rasa dulu, kalau tak cukup pedas boleh tambah cili api yang ditumbuk lumat.
Kita reka sendiri resepi ini kerana ada lebihan bahan mentah steamboat yang kita buat tempoh hari. Setelah dibakar seperti satay, rasanya lembut dan ringan. Sedap sungguh. Sampai tak cukup dan kena buat lagi, haha….







assalam kak tie..sedapnyer!! tmakasih bg tips tu..mkn yong taufu ni mmg x puas..nak lgi n lagi
Deliah, tu laa… rasa tak puas makan.
Tengok pun tau sedap tu kak tie!
kalau sayalah..mau MIL lalu pun tak nampak..
Ehehe…. nanti cubalah buat reen.. Senang jer.
kak tie, sedapnye..terliur lah saya tengok..hehehe..=) balik nanti kena cuba nih! sure suami saya suka…buat minum petang..sesuai kan…thanks kak, kongsi recepi..=)
Cubalah buat nina, mudah jer, hehe…
salam.tjumpa page ini secara tidak sengaja.pihak kami mengadakan pakej utk sesiapa yg ingin menjadikan steamboat bakar (atau nama sbnrnya Lok Ching) ini sbg slh 1 sumber pendapatan. kunjungi steamboatfactory.blogspot.com atau 013 936 4676 (Hidayah) utk mengetahui dgn lbh lanjut.