Archive for May, 2011

29
May
11

Daging masak merah (Thai style)

Kebiasaannya masakan ala Thai di restoran amatlah mudah. Cuma tumis-tumis dan campak-campak.

Caranya:

  1. Mula-mula rebus daging hingga empuk. Hiris nipis-nipis dan ketepikan.
  2. Tumis 2-3 ulas bawang putih yang telah diketuk dan diracik kasar bersama hirisan bawang besar.
  3. Masukkan sos merah Thai , tapi kita guna cili sos biasa jer.
  4. Masukkan sedikit air, hirisan carrot, baby corn dan bunga kobis.
  5. Kemudian masukkan hirisan daging tadi .
  6. Bubuh garam, gula (sedikit manis) dengan seimbangkan rasanya.
  7. Kalau suka pedas, bubuh beberapa biji lada kecil yang telah diketuk.
  8. Hidangkan dengan ditaburkan bawang goreng dan daun ketumbar.
26
May
11

Ayam panggang madu

Dah lama tak main bakar-bakar ni. Atas permintaan Wanie (siap talipon dari sekolah), kita buatlah ayam madu ni. Resepi mudah je. Ikut cara buat ayam pedas cuma tambah madu atau palm sugar kalau tak ada.

Lepas masak ayam tu bersama kuahnya, bolehlah dipanggang atas api arang atau grill je dalam oven. Cubalah. Anak-anak mesti suka makan.

26
May
11

Kaya Balls

(photo guna hp, jadi kaburlah sikit…)

Dah lama nak cuba buat kaya balls sendiri. Kita guna acuan kuih cara.  Resepi asalnya adalah resepi waffle di sini. Kayanya dibuat sendiri (mudah-mudahan cepat kaya……  :lol:   ). Rupanya senang je buat kaya ni.

Oleh kerana kita tak guna sukatan, main hentam je, jadi kalian kenalah google sendiri resepinya, ya. Tapi asas buat kaya ni mudah je. Hanya guna telur, santan, gula (kita ganti dengan palm sugar) , sedikit tepung gandum dan air. Campur semua, kacau rata sambil masakkan atas api yang sederhana. Oh, bubuh daun pandan supaya baunya wangi.

Hasilnya…..

Isha kata sedap! :P

.




Blog Stats

  • 62,715 views

 

May 2011
M T W T F S S
« Apr   Jun »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Categories

Jamu Mata

Udang harimau ni diterbangkan khas dari Sabah

Nasi hujan panas ni buat pertama kali. Terlebih pewarna, hehe....

Nasi mandhi bersama briayani ayam dan daging black pepper

Pudding Lapis Strawberry dan Chocolate

Cupcake ni adalah hadiah Tie kepada keluarga pengantin (adik ipar)

Puff pastry , mini pie


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.