(photo guna hp, jadi kaburlah sikit…)
Dah lama nak cuba buat kaya balls sendiri. Kita guna acuan kuih cara. Resepi asalnya adalah resepi waffle di sini. Kayanya dibuat sendiri (mudah-mudahan cepat kaya……
). Rupanya senang je buat kaya ni.
Oleh kerana kita tak guna sukatan, main hentam je, jadi kalian kenalah google sendiri resepinya, ya. Tapi asas buat kaya ni mudah je. Hanya guna telur, santan, gula (kita ganti dengan palm sugar) , sedikit tepung gandum dan air. Campur semua, kacau rata sambil masakkan atas api yang sederhana. Oh, bubuh daun pandan supaya baunya wangi.
Hasilnya…..
Isha kata sedap!
.






wah..meleleh air liur saya even gambo tak clear tapi boleh tercium pulak bau nye, kak tie..hehehe..kena cuba juga lah mcm ni..tq kak..
=)
Cubalah Nina. Caranya mudah, cuma kena sabar sikit. Adunan lebih baik dibubuh dalam bag aising, mudah nak masukkan dalam acuan. Kaya pun gitu.. Guna plastik sandwich pun okay, gunting hujungnya sikit.
kena cuba ni kak tie.
budak2 tu kenmain suka lagi
sekali beli dah 2.50 sorang.
3 bungkus kaya balls dah boleh beli 3 bungkus tepung gandum.
tapi….acuan takde lah pulak.
heeee… *kena carik.
Reen, kena cari acuan dulu, yang bulat buat takoyaki tu lagi mudah. Cubalah, memang sedap!