Ikan segar……
.
.
.
Stim limau yang enak!
Tie amat suka kuih lopes ni. Tiap kali mak buat, kita akan duduk dengan tekun tengok mak membungkus lopes tu.
Bahan-bahannya ialah:
Caranya :
Setelah pulut direndam, toskannya dalam penapis. Ambil daun pisang, bungkuslah seperti yang Tie tunjukkan di bawah ni, ya…
.
Lepas tu, susun lopes yang dah dicucuk lidi, dan ikatkan dengan tali kain. Ikat ketat-ketat supaya tidak terbuka bila direbus nanti. Rebus dalam air selama 30-40 min bergantung kepada jumlah lopes yang dimasak. Jangan lupa bubuh daun pandan supaya baunya wangi..
.
.
Bila nak makan, buka daun pisang tu, salut dengan kelapa yang telah digaul dengan sedikit garam. Curahkan sedikit air gula melaka sebelum makan…. Hmm…. sedap tau!!
.
.
Alamak! Sosnya sememeh lak…. tu lah bila buat kerja kelam kabut. Caranya amat mudah. Cuma jangan kupas kulit kentang, nanti susah macam kita tadi .
Kita goreng dalam baking tin yang buruk ni. Walaupun guna kentang yang kecik, tapi masih panjang lagi spiralnya… lagi pendek lagi mudah nak goreng.
Lepas buat spiral, celup dalam batter, dan salutkan dengan tepung (kita guna tepung kfc jer..).
.
.
Lupa nak tunjuk gadgetnya. Dulu kita ada, beli kat pasar malam rm10 boleh dapat pelbagai jenis slicer. Tapi dah hilang entah ke mana.
.
.
Ini jenis jenama tupperware. Beli kat ebay. Murah je. Ada jenis logam, tapi lebih baik guna jenis plastik ni, lebih selamat.
Sebenarnya Tie buat mee bandung ni semasa berada di Kota Tinggi, di rumah mak. Try guna rencah yang dalam peket tu, tapi tak sedap. Tengok warnanya pun pucat jer. Jadi di sini Tie sediakan resepi sendiri….. Kalau berani cubalah, haha…
Bahan-bahannya
Caranya
Bila masak, terus angkat dan hidangkan. Tabur bawang goreng, daun sup dan kacang tumbuk jika ada lebih. Mee ni cepat kembang. Jadi hanya masak bila nak makan jer… Ada orang suka masak kuah dan mee asing-asing. Kita suka masak sekali gus . Rasanya lebih mesra, hahaha….
Cheese sauce
Tujuan kita buat cheese sauce sendiri ni adalah untuk mengawal pengambilan garam. Rasanya kurang masin dari yang dibeli di restoran orang uban tu, haha…. Semua suka makan. Sekejap jer lenyap dari pandangan.
.
Bahan-bahannya
Caranya
Ada orang tu mengidam nak makan wajik. Jadi kita try buat sendiri dengan berdebar-debar, hehe…
Resepi dari MyResepi.com
Terima kasih kepada as75 (tuan punya resepi)
Hasilnya….. okaylah. First time buat, rupa tu tak berapa cantik, tapi rasanya sedaplah jugak! Lain kali kena kukus pulut tu kot, barulah rupa beras pulut lebih menarik.
Kebiasaannya masakan ala Thai di restoran amatlah mudah. Cuma tumis-tumis dan campak-campak.
Caranya:
Recent Comments