Ni resepi Nasi Minyak, khas buat Izan dan sesiapa yang berminat.
Bahannya
4 cawan beras basmathi, basuh dan rendam dalam air selama 20-30 min. Kemudian toskan.
3 1/2 cawan air
2 sudu besar minyak sapi @ butter @ margerin
2 sudu besar minyak masak
2-3 ulas bawang putih dan 2 cm halia ditumbuh halus
3 labu bawang kecil atau 1 labu bawang besar saiz sederhana (mayang halus)
Rempah kasar… kayu manis, pelaga, bunga lawang, bunga pekak dan cengkih… sikit je.
Daun pandan
sedikit garam, pewarna,
1 cawan susu cair @ susu segar @ susu rendah lemak
Caranya
- Mula-mula panaskan periuk letrik (atas dapur biasa), bubuh minyak sapi @ mentega, tumis dengan bawang putih dan halia yang ditumbuk.
- Tambah minyak masak, rempah kasar dan hirisan bawang merah @ bawang besar. Sambung tumis hingga naik baunya. Api biarlah sederhana.
- Masukkan beras yang telah ditoskan, gaul perlahan hingga kesemuanya beras itu disaluti minyak.
- Seterusnya bubuh air yang disukat, susu dan sedikit garam .
- Tutup api, alihkan periuk nasi ke ‘ibu’ periuk nasi letrik tu. Bubuh daun pandan, dan on kan suis. (ingat, jangan nak intai pulak nasi tu… )
- Bila nasi dah masak, biarkan dulu 5-10 minit. Kemudian bubuh beberapa titik pewarna kuning atau saffron jika ada. Jangan kacau dulu. Tunggu sekejap, gaul perlahan dengan chopstick atau garfu. Beras basmathi yang cantik akan berderai dan tak melekit. Jika terlebih air, isinya pecah.
- Kak tie lebihkan 1/2 cawan air (dari sukatan 1:1) kerana takut terlalu keras. Kang tak larat nak mengunyah, hi hi hi…
Lauknya ikut suka laa…. kak tie memang tak pandai nak sukat-sukat. Sesiapa yang tak pernah masak nasi minyak ni boleh cuba cara Tie. Harap berhasil. Kalau kurang pasti, meh datang rumah… kak tie boleh ajar.. tapi bawak ayam seekor buat pengeras, ekekeke………
.
.
.
Lauknya simple, ayam masak merah @ pedas.
.
Err…… rajin pulak buat dalca ni, hi hi
.
.
Okaylah… selamat mencuba !
.
.










Recent Comments