09
May
09

Solok Petola Ular

petola-ular

Ini adalah petola ular. Mungkin ramai dah kenal. Tie korek isinya dan buang.

Untuk buat isi solok ni , ambil isi ikan mentah (kembung pun boleh), tumbuk bersama bawang kecil (1-2 labu je), kelapa parut, sedikit halia, lada hitam 6-7 biji dan jika hendak lebih pedas bubuhlah lada kecik.

Jangan lupa tumbuk bersama dengan garam dan sedikit gula. Rasalah supaya dapat pastikan rasanya seimbang. Kemudian sumbat campuran isi ikan tu ke dalam petola yang dipotong2 tu.

Susun comel2 dalam periuk, bubuh santan sederhana pekat. Guna api yang perlahan. Bila dah empuk petola tu, dah boleh makan. Makanlah dengan nasi panas. Memang berselera tu… hubby Tie suka (biasalah masakan kelantan..hehe….)

solok-petola-ular Inilah rupanya bila masak. Ada sedikit kuah santan tu. Ada orang kukus je. Tapi hubby Tie suka yang berkuah. Nanti, Tie ajar cara buat solok lada pulak. Nak kena cari lada tu. Lada solok tak sama, lebih pedas menyengit!!


21 Responses to “Solok Petola Ular”


  1. 1 ain
    May 10, 2009 at 12:10 am

    wah kak tie…mcm sedap je ni. bak sini sikit..boleh tak..???hihi

    • 2 Tie
      May 10, 2009 at 8:45 am

      Ho ho ho…….

      Nampak macam sedap, tapi kak tie buat termasin pulak…….waaakakakaa…… Malu sebentar !!

  2. May 10, 2009 at 8:25 am

    tahniah! 1000 x tahniah!!
    ada bakat terendam (bukan terpendam) rupanya yeeee😉
    menyelerakan semuanya….yumm yummm

    Selamat Hari Ibu utk semua yg berkenaan

    • 4 Tie
      May 10, 2009 at 8:46 am

      Hi hi hi……….

      Mekasih……….😛

      Jadi ibu kena masak gak !!.

      Tak pandai pun kena buat2 pandai……..ekekekekee………… 😀

  3. May 10, 2009 at 11:14 pm

    amboi amboi amboiiiii….

    .. dah bukak cawangan lak yea…..huhuuhu

    makin gemar pakai wordpress..hmm!

    hehheheh

    pst: teringin nak rasa air tangan tie jerk… pasal belajar masak ni, hehehhe… dipanjangkan kat org rumah ajelah!

    wakakakaka

  4. May 11, 2009 at 7:55 am

    kak tie…mesti sedap tu…
    saya suka solok…mkb dgn nasi kerabu…satu lagi sata…wah terbayang2 ni nak buat malas…
    ni makin ingat mak ni…

    • 8 Tie
      May 17, 2009 at 8:40 am

      Kak tie suka solok lada.

      Tak ke pasar, tu yang tak jumpa lada solok. Nanti nak buat juga…. dah terliur pulak ni……. hi hi..

  5. 9 kin
    May 13, 2009 at 11:51 pm

    kak tie, saya baru je pandai buat solok lada. Tak tau plak, ada solok tola ular …bole cuba gak ni nnati…

  6. 11 a01lida
    May 14, 2009 at 5:07 am

    sy penah tgk je xpenah makan pun hahaha

  7. May 14, 2009 at 3:11 pm

    wah kak tie, nampak sedaplah. boleh dicuba resepi ni…milla ni nama jer kahwin dgn org Tganu tapi masakan belah2 sini fail lagilah..he he he..

    • 15 Tie
      May 19, 2009 at 4:21 pm

      Ooo…….kak tie ni asal Johor, hubby orang kelantan. Tapi bab makan2 kak tie boleh laa…..tak cerewet. Suka belajar yang baru. Cuba laa…. senang je………

  8. 16 Blog Resipi
    June 5, 2009 at 1:34 am

    Lama betul dah tak makan solok ni… masa kecik2 dulu je..tu pun masa nenek tanam sendiri pokok petola tu..hehe

  9. June 24, 2009 at 12:57 pm

    kalu nak resepi pior solok lada kawe bulih wi, rahsia resepi turun temurun dari nenek moyang kawe, sah2 tak lari rasa mace hok demo wi resepi ike percik tadi, kawe ni ore kelate jati…………

    • 21 Tie
      June 24, 2009 at 2:53 pm

      Ekekekeke…….. kita ni orang kelantan celup!!! Kalau nak bagi resepi tu, alhamdulillah……… Tie suka terimanya… Nano ni asal dari daerah kelantan mana?


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Blog Stats

  • 281,638 views
May 2009
M T W T F S S
« Apr   Jun »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Categories

Jamu Mata

Udang harimau ni diterbangkan khas dari Sabah

Nasi hujan panas ni buat pertama kali. Terlebih pewarna, hehe....

Nasi mandhi bersama briayani ayam dan daging black pepper

Pudding Lapis Strawberry dan Chocolate

Cupcake ni adalah hadiah Tie kepada keluarga pengantin (adik ipar)

Puff pastry , mini pie


%d bloggers like this: