16
Jun
09

Gulai Itik Serati

Suami Tie dan anak2 suka makan gulai itik ni. Jadi Tie pun belajar dari mentua dan ipar. Mula2 kena cari itik serati dulu. Jangan pulak memandai2 sembelih itik sendiri. Silap-silap 3 hari 3 malam itik tu dok jalan macam zombie, ekekeke…. ( nyawa itik ni liat sikit)

Daging itik yang telah dibersihkan.


nyior muda

Gulai itik sedap dimasak bersama dengan moombear nyior. Ia sebenarnya tempurung kelapa yang masih muda dan lembut. Ambil sedikit di bahagian kepala kelapa…  Kemudian rendamkan dalam air garam. Bila nak guna, basuh dulu dan toskan.

moombear nyior

Inilah moombear nyior yang siap diambil dari nyior muda. Tumis hirisan bawang kecil, bawang putih, lengkuas dan halia. Kemudian masukkan paste campuran rempah kari dan kerutuk (nisbah 1:1). Tumislah hingga rempah betul2 masak. Masukkan kayu manis dan bunga lawang.

Kemudian masukkan itik yang telah di rebus terlebih dulu (supaya cepat empuk). Masukkan moombear nyior, santan, ketumbar yang telah digoreng tanpa minyak dan ditumbuk halus serta kerisik. Tambahkan perisa seperti garam, gula merah dan sedikit asam jawa…

Masaklah dengan sabar….. hasilnya memang best!! Tie suka cicah dengan roti dan ratah moobear nyior tu……….. yum yum!!! 😆


18 Responses to “Gulai Itik Serati”


  1. 1 ain
    June 16, 2009 at 9:55 am

    wah kak tie….nmpak sedap lah!!!!

  2. 3 kutaksempurna
    June 17, 2009 at 9:56 am

    hah??

    tempurung kelapa pun org makan ke?? (moombear nyior)
    nak gi beli kelapa la.. nak cuba rasa… tak pahit ke??

    errr.. tak berani nak mkn daging itik… takut kesannya sama dgn makan daging ayam…

    huhuhuhu… taaaakkkuuuutttt… saaaakkkiiittt…

    • 4 Tie
      June 17, 2009 at 10:18 am

      Eh…. kelapa muda je, yang isinya lembut. Kalau yang kat kedai tu alamat sumbinglah gigi Angie!!!

      Napa tak boleh makan unggas ? Ada masalah histamine ke? Setengah orang allergik, badan bengkak2 dan gatal…. Tak pe laa….. Dah tak de rezeki…

      Nanti mama buat gulai ikan…. tak pun gulai landak!! Sedap tau !!!

  3. 5 kutaksempurna
    June 17, 2009 at 3:51 pm

    blueeekkkk… landak?? ayooo.. dgr nama dia pun dah tak lalu.. hikkkss..

    takleh makan ayam.. nanti gatal2… mata jadi bengkak.. huhuhu…

  4. 7 a01lida
    June 17, 2009 at 6:27 pm

    NAK GULAI ITIK!!! NAAAAAAAAKKKKK!!!

  5. 9 ROSDI
    June 18, 2009 at 11:56 am

    hullamaak…..terangkat beb…

  6. June 18, 2009 at 6:24 pm

    salam tie..lom penah rasa lg itik2 nih..nntla kot2 teringin balik msia leh carik..hehhh..

  7. June 24, 2009 at 1:07 pm

    kalu saper2 tak kawin lagi dan jenis suka make makanan hok sedap2 silalah cari calon ore kelate, buke setakat itik gulai di kelate, taik itik pun ore makan tapi taik itik ni ada bulan poso je uwah uwah uwah………………jange mare

    • 14 Tie
      June 24, 2009 at 2:54 pm

      Err………. rasa taik itik tu manis, kan? Tak ingat pulak… tiap kali bulan puasa, suami suka beli akok je, kat melor tu, akok kedut katanya.. hehe….

  8. 15 Areff
    September 18, 2009 at 2:01 pm

    Den kono buek ni. Nampak sodap la plak ai.. Timo kasehlah pado sapo yg post recipe nih.

  9. December 15, 2009 at 10:43 pm

    Salam kak tie…

    errmmm moombear nyo ni wat cholek pun sedap…cicah dgn cuka+garam+gula+belacan+cili api+air sket…


Leave a reply to Tie Cancel reply


Blog Stats

  • 338,234 views
June 2009
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Categories

Jamu Mata

Udang harimau ni diterbangkan khas dari Sabah

Nasi hujan panas ni buat pertama kali. Terlebih pewarna, hehe....

Nasi mandhi bersama briayani ayam dan daging black pepper

Pudding Lapis Strawberry dan Chocolate

Cupcake ni adalah hadiah Tie kepada keluarga pengantin (adik ipar)

Puff pastry , mini pie