25
Jun
09

Dalca (permintaan dari Farid)

Okaylah… tanpa membuang masa, kak tie beritahu bahan2 dan cara2nya….

dalca

a) 3-4 ulas bawang kecil, 2 ulas bawang putih, sedikit halia (kesemuanya ditumbuk lumat atau dimayang halus)

b) Setengah peket serbuk kari/dalca (dlm 3 sudu besar) dibuat paste dengan mencampurkan sedikit air… macam nestum laa…

c) Tumis (a) hingga garing atau harum, masukkan paste kari/dalca, dan tumis lagi…. boleh masukkan sedikit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dll dan juga daun kari…

d) Masukkan santan (agak2 laa…) ,

kacang dal (segenggam dal yang direndam 1 malam dan direbus dulu),

daging yang direbus (potong kecil) atau ayam (untuk 3 orang makan), daging cincang pun boleh…,

karot (1 je, potong kecil)

2-3 biji kentang (dipotong 4)

dan  3-4 urat kacang panjang (dipotong ~ 1 inci).

Bila dah empuk, boleh masukkan tomato (1 biji potong 4), terung (1 biji, potong kecil) dan hirisan lada (jika suka). Tambahkan garam dan rasa.

Masak dalca ni jangan guna banyak sangat daging atau ayam… sebab bila dah tambah sayur2, kentang dan karot tu, lauk jadi banyak…  Kalau suka pedas, boleh tambah serbuk kari dan lada… Selamat mencuba!!!


8 Responses to “Dalca (permintaan dari Farid)”


  1. June 25, 2009 at 2:59 pm

    Assalamualaikum,

    Aduh..terharu pula siap boleh buat permintaan macam radio. Terima kasih ya kak!

    Seperkara lagi. Ada petua tak bagaimana melembutkan daging supaya lebih empuk mcm orang buat masak hitam daging kat kenduri?

    • 2 Tie
      June 25, 2009 at 5:40 pm

      Walaikummussalam………………

      Kalau masak di kenduri, biasa orang masak guna kayu api, lama tu… kerana itu ia empuk.

      Bila masak guna dapur gas atau lektrik, memang lambat empuknya, kekadang tak empuk langsung. Cubalah perap dulu daging dengan halia, masuk dlm peti ais satu malam… Kemudian bolehlah masak samada goreng atau rebus… Masak dengan api yang perlahan..tudung sekali. Selamat mencuba…. Kalau tak de peti ais, perap dulu pagi tu dlm 2 jam dengan halia yang ditumbuk.

  2. 3 ain
    June 25, 2009 at 6:06 pm

    sedapnya kak tie….saya suka tetel daging buat dalca. lg kawww!!!!

    • 4 Tie
      June 25, 2009 at 6:48 pm

      Uwaaaa…………dah lama tak dengar perkataan tetel… Hanya orang johor je yang tahu. Memang sedap kalau bubuh tetel dlm dalca… lepas tu bertambah2lah lemak!!!

  3. 5 nekpp
    June 30, 2009 at 8:34 pm

    permintaan nekpp..nakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk..

    amboi amboiiii..dahsat niee..syabas syabas..teruskan usaha masak memasakkkk yeyyyyy..
    k tie..masih cuti2 jay bee nie lerr..xfree tapi try to zassss gekk..winduu lerrr..;p;p

  4. 7 nekpp
    July 2, 2009 at 11:27 am

    k tie..bz laa kileja merewang ujung minggu..musim mengawan plaks nie he heee..tu yg xleh nak online tuh..inysAllahh will be back seperti biasa hehe..bila?? bila musim mengawan abih wahahaha..

    take care!!

    • 8 Tie
      July 2, 2009 at 11:31 am

      Ooo… biasalah….

      Err….. masa ni pun musim mengawan ?? Biasa cuti sekolah je… hmm… sekarang ni tak kira masa, ekk…. cik abang kata musim berlaga pusat!! Waaaakakakaakaa……….(ketawa mcm jin ! )


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Blog Stats

  • 281,638 views
June 2009
M T W T F S S
« May   Jul »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Categories

Jamu Mata

Udang harimau ni diterbangkan khas dari Sabah

Nasi hujan panas ni buat pertama kali. Terlebih pewarna, hehe....

Nasi mandhi bersama briayani ayam dan daging black pepper

Pudding Lapis Strawberry dan Chocolate

Cupcake ni adalah hadiah Tie kepada keluarga pengantin (adik ipar)

Puff pastry , mini pie


%d bloggers like this: