26
Jul
09

Kayteeze Fried Chicken

Ho ho ho……. KFC gak  !!

Hari ni memang Tie terlebih rajin. Teringin nak buat KFC, jadi bersungguh2 bersilat di dapur tu, hi hi…. Senang je nak buat ayam goreng ni. Perap je ayam yang telah dibersihkan tu dengan serbuk paprika , pepper, garam dan serbuk 5 spices.

Kemudian taburkan tepung naik sendiri, supaya ayam goreng tu berkerak sedikit. Untuk coleslaw tu, potong halus kobis, carrot, bawang dan lada bangala jika suka. Bubuh sos coleslaw (boleh ganti dengan mayonaise atau krim) dan tambah sedikit gula. Gaul rata dan simpan dalam peti sejuk sebelum dimakan.

Untuk membuat kentang lecek, rebus dulu kentang yang dipotong kecil supaya cepat empuk. Lecek halus bila dah cukup masak. Masukkan sedikit butter, secubit garam, pepper dan sedikit susu.

Kuah kentang lecek tu dibuat dengan pati ayam. Boleh guna yang dalam botol atau yang kiub. Masak dengan air, dan tambah serbuk 5 spices tu. Pekatkan dengan campuran tepung gandum dan air… Kacau rata hingga masak dan sedikit pekat. Rasa dulu sebelum menambah garam.

Psst-  Bagi sesiapa yang tak makan ayam, boleh gantikan dengan ikan… Sedap juga  !!!


19 Responses to “Kayteeze Fried Chicken”


  1. 1 Blog Resipi
    July 27, 2009 at 12:57 am

    Kak Tie… kite nak order dinner plate satu bleh? nak ayam 3 ketol besaq2 taww… hhhehee… sedap la nampak ayam tue.. ade kerak2 tu yg best nak kunyah tue..

  2. July 27, 2009 at 9:56 am

    salam kak tie.. hohoo.. ni kalau pak cik kentucky tau ni, mesti tergolek2 dia nangis nih.. hehe.. ada saingan dah.. kfc jugak, kann..

  3. July 27, 2009 at 4:17 pm

    tie… mai sini kena bwk mangkuk tingkat…

    resepi nie sy namakn RFCT

  4. 7 ima
    July 30, 2009 at 11:24 am

    kak tie…sedapnya kfc ciptaan kaktie tuh….boleh masakkan untuk ima sekali…hehehe

    hari ni rasa malas nak masak….huhu

  5. 9 kutaksempurna
    August 6, 2009 at 9:30 am

    yeaah…
    mari ganti ayam dgn ikan… mesti lagi gempak…

    ikan apa yg sesuai?? errrr… tak tau plak…

  6. 11 Blog Resipi
    August 21, 2009 at 1:36 am

    Salam Kak Tie.. akak ape khabar? nape lama tak update blog nie…? hehe.. selamat berpuasa buat akak sekeluarga… semoga akak sihat2 selalu🙂

  7. 13 Kak Long
    August 24, 2009 at 5:17 pm

    Thank you, thank you Tie…..
    Bulan puasa ni baru teringin nak jengok2 resepi-resepi Tie ni.
    Sungguh lumayan…
    nampaknya Kak Long dah ada idea apa nak masa untuk esok, lusa, tulat, dan lat-lat…lalalala….

    • 14 Tie
      August 24, 2009 at 9:36 pm

      Kesian kak long… macam mana pulak komen ni boleh masuk dlm kotak spam, hu hu. Nasib baik tergerak ati nak tengok tadi….

      Err… resepi ni main hentam je. Masak sesuka hati. Tak de sukatan, hehe…

  8. August 24, 2009 at 8:57 pm

    salam kak tie, kene satu pinggan tu kenyang..
    selamat bersahur dan berbuka kak tieeeeeee..

    • 16 Tie
      August 24, 2009 at 9:32 pm

      Ekekekeke……..

      Kak tie ni malas pulak nak update blog masak2 ni…. Nanti laa… bila rajin kak tie buat. Kesian lak adik2 datang sini tengok menu sama je, hihi.. sabor je laa…

      Selamat berbuka dan bersahur juga…..

  9. August 26, 2009 at 9:30 am

    kak tieee..basi dah ni..update laa..kihkhihh

  10. July 17, 2013 at 10:24 pm

    Hey There. I discovered your blog the usage of msn.
    This is a very well written article. I will be sure to
    bookmark it and come back to learn more of your helpful info.
    Thank you for the post. I will certainly comeback.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Blog Stats

  • 281,638 views
July 2009
M T W T F S S
« Jun   Aug »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Categories

Jamu Mata

Udang harimau ni diterbangkan khas dari Sabah

Nasi hujan panas ni buat pertama kali. Terlebih pewarna, hehe....

Nasi mandhi bersama briayani ayam dan daging black pepper

Pudding Lapis Strawberry dan Chocolate

Cupcake ni adalah hadiah Tie kepada keluarga pengantin (adik ipar)

Puff pastry , mini pie


%d bloggers like this: