09
Oct
09

Barbeque udang dan Tahu sumbat

Pagi tadi Tie ke pasor dengan hubby, nak beli udang sebab terliur tengok udang2 kat Phuket tu. Jumpa yang cikeding ni je.. tak pe la. Janji udang.

Balik pasor terus perap dengan sos ikan bakar je. Malas nak buat ramuan sendiri. Sumbat dalam peti sejuk, bila nak makan baru bakar atas dapur arang.

Tengok gambor tu sebelah mata aje la, ya. Yang itam tu bukan hangus, cuma hiasan …ekekeke….

Cik abang makan tanpa banyak soal….. sedap la tu agaknya, hi hi…..

Lepas bakar udang tu Tie buat tahu sumbat. Tahu tu tembam sangat (macam tuannya , hehe). Susah nak sumbat isiperutnya. Lebih2 tu Tie tabur je atas tahu tu, dan siram dengan kuah kacang.

Hmm……. boleh tahan laa… Puji diri sendiri, waaakakaa….. Tie email gambor2 ni kepada adik yang kebetulan bercuti di rumah mak. Mak dan ayah sempat tengok lauk pauk yang anaknya masak. Esok katanya mak nak buat tahu sumbat pulak. Agaknya terliur, ekekekeke……


18 Responses to “Barbeque udang dan Tahu sumbat”


  1. 1 ain
    October 10, 2009 at 11:29 am

    tahu sumbat fav hubby, tp sy kurengg…so x pernah lg ler try membuatnya sendiri..hubby pun ckp, klu sy tak mkn…x yah susah2 nak buatkan dia…yahooooo!!!!!!

  2. 3 Tirana
    October 11, 2009 at 4:36 am

    Tie pun ada blog resepi jugak rupanya..Tadi terjumpa link kat blog Ain…

  3. 5 ima
    October 11, 2009 at 9:15 am

    wah kak tie…sedap nampaknya udang bakar tu…sampai meleleh2 air liur ni…sapa yang susah…huhu..tahu sumbat tu tekak ima ni tak boleh terima …tak pernah makan dan tak pernah buat…org makan dgn nasi ke ….hihi jakun

    • 6 Tie
      October 11, 2009 at 9:18 am

      Hehe… lagi sorang tak suka tahu sumbat. Macam rojak petis gak, bubuh timun, sengkuang…. Hmm… suami kak tie dulu tak suka, masa dok johor dulu tak nak makan, jual mahal. Sekarang ni, dia juga yang suruh kak tie buat. Katanya kesian kat anak2 nak makan. Rupa2nya dia yang makan dulu, ekekeke…….

  4. 7 ima
    October 11, 2009 at 7:08 pm

    oh! ya ke kak tie…kalau macam gitu ,kena cubalah dulu baru tahu sedap ke tak…mana tahu bila dah cuba nanti ima lebih suka dari kak tie org johor…hehehe

  5. 9 kutaksempurna
    October 12, 2009 at 2:29 pm

    ekekeke…
    cantiknya hiasan hangus pada udang tu..
    ekekekekeke…😛

    macam tauhu bakar plak bila sumbat dgn kuah kacang tu

  6. October 13, 2009 at 7:14 pm

    dua2 sedap bangat tu kak tie…

  7. October 14, 2009 at 11:42 am

    hai kayteeze,
    salam ziarah ke dapur awak yang penuh dengan hidangan nih….🙂

  8. 15 cahidem
    October 21, 2009 at 3:02 am

    Salaaam! ben Turkiye’den Cahide.Tanışmak istedim…

    http://cahideninelleri.wordpress.com/

  9. 17 nalini
    August 16, 2010 at 11:52 am

    nak tahu reipi udang barbeque atau udang sweet n sour!!!!!!!

    • August 16, 2010 at 1:01 pm

      Udang barbeque ni, senang je. Perap dalam sos ikan bakar atau bersama sedikit kunyit, garam , paprika dan tabur sedikit gula…. Kalau nak masam sikit perap dalam paste tomyam adabi pun boleh…

      Udang sweet sour, goreng udang yang diperap dengan sedikit garam.

      Untuk sosnya, tumis bawang besar,bawang putih dan sedikit halia yang dicincang halus.

      Pastu bubuhlah sesudu paste cili kering (mesin sendiri lagi bagus).

      Tumis kejap, bubuh sos tomato, sedikit air, dan nenas dalam tin….

      Rasalah dulu, bubuh garam dan gula.

      Tuangkan atas udang yang digoreng dan hias ikut suka .😛


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Blog Stats

  • 281,638 views
October 2009
M T W T F S S
« Aug   Nov »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Categories

Jamu Mata

Udang harimau ni diterbangkan khas dari Sabah

Nasi hujan panas ni buat pertama kali. Terlebih pewarna, hehe....

Nasi mandhi bersama briayani ayam dan daging black pepper

Pudding Lapis Strawberry dan Chocolate

Cupcake ni adalah hadiah Tie kepada keluarga pengantin (adik ipar)

Puff pastry , mini pie


%d bloggers like this: