20
Aug
10

Roti Maryam

Bahannya terdiri dari gandum, telur, air, garam dan mentega.

Caranya seperti membuat roti canai. Mula-mula buat doh, dengan mencampurkan telur (sebiji), gandum, air (kita campur  susu segar  sikit) , sedikit mentega dan garam. Uli dan biarkan ia rehat seketika. Dalam 10 minit.

Kemudian bahagikan doh kepada bentuk bebola golf atau kalau malas, bahagi dua. Canaikan nipis, sapukan mentega dan gulung. Simpan dalam peti ais. Setelah sejam, potong seperti hendak buat karipap pusing (bagi gulungan besar), atau canaikan terus seperti roti canai.

Gorengkan dengan sedikit minyak. Roti maryam akan mengelembung ketika ia sedang masak. Ianya sedap dimakan dengan madu, cream cheese atau kari…..


9 Responses to “Roti Maryam”


  1. 1 ain
    August 20, 2010 at 10:42 am

    saya pun ada gak resipi ni, biras yg beri, sampai la ni tak pernah cuba lagi. pemalas betul saya ni la.hehe

  2. 3 deliahsdeli
    August 20, 2010 at 3:06 pm

    salam tie…kite suke roti matriam ni tp yg sll kite bt goreng dlm minyak..yg ni guna minyak sikit je..bagus tu🙂

  3. 5 deliahsdeli
    August 20, 2010 at 3:07 pm

    matriam=mariam🙂

  4. August 22, 2010 at 2:46 pm

    Tie
    Kita suka bila ada orang lain tau hal roti Maryam nih. My kita ada beli buku masak zaman nun; dalamnya ada mcm2 jenis roti termasuklah roti Maryam. Tiap kali bulan puasa harus dia buat roti nih sekali tapi kita mcm Ain jugak, “rajin sokmor”, heheh.

    • 7 Tie
      August 22, 2010 at 4:32 pm

      Som, mak kita kan… ada satu buku masakan zaman dulu kala. Kita dah berangan moga-moga mak turunkan hartanya tu pada kita, ekekeke…..

      Entah tak tahulah, tetiba je rasa rajin lak ramadhan kali ni. Inilah first time kita buat roti maryam… teringin nak buat roti naik, teringat mak punya.. aderk.. banyak benor yang kita tak tahu ni..

  5. August 22, 2010 at 5:19 pm

    YaAllah Tie, kita baru perasan ada typo error, hehe .. “My kita” = Mak kita ..
    Ntah2 diorang ada sama buku, tak??


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Blog Stats

  • 281,638 views
August 2010
M T W T F S S
« Jul   Sep »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Categories

Jamu Mata

Udang harimau ni diterbangkan khas dari Sabah

Nasi hujan panas ni buat pertama kali. Terlebih pewarna, hehe....

Nasi mandhi bersama briayani ayam dan daging black pepper

Pudding Lapis Strawberry dan Chocolate

Cupcake ni adalah hadiah Tie kepada keluarga pengantin (adik ipar)

Puff pastry , mini pie


%d bloggers like this: