15
Feb
11

Nasi hujan panas dan opor merah

Sempena hari Maulidur Rasul, kita dengan bersemangatnya memasak sesuatu yang istimewa untuk meraikannya.😛

Nasi hujan panas amat mudah, seperti juga nasi minyak. Kita guna beras basmathi jenis Moghul. Hasilnya memang ternyata memuaskan.

Di sini kita cuba sediakan resepinya buat anak-anak dan adik-adik yang baru belajar memasak.

 

Nasi Hujan Panas

Bahannya :

  • Beras Basmathi (sebaiknya jenis Moghul untuk mendapatkan nasi yang panjang dan cantik) – 3 cawan
  • Bawang besar (saiz kecil) – 1 labu dimayang halus atau dadu jika suka
  • Bawang putih – 3 ulas (ditumbuk lumat bersama halia)
  • Halia – 1 inci
  • Butter atau minyak sapi – 3 sudu besar
  • Daun pandan – 2 helai dicarik-carik
  • Rempah kasar (kayu manis, cengkih, pelaga, bunga lawang) – sedikit jer.
  • Air bersih – 3 cawan
  • 3 pewarna , contohnya merah, kuning dan hijau.

Caranya

  1. Basuh beras dan rendam dalam 20-30 minit. Kemudian buang airnya dan sejat.
  2. Tumis bawang yang dimayang halus bersama bawang putih dan halia, rempah kasar sampai naik baunya. Guna butter atau minyak sapi… majerin pun boleh.
  3. Kemudian masukkan beras basmathi yang disejat tadi, gaul perlahan dengan tumisan, supaya butir-butir beras tu disalut rata.
  4. Bubuh air yang 3 cawan tadi, campakkan 1 sudu kecil garam, kacau rata, bubuh daun pandan dan masaklah dalam rice cooker.
  5. Oh, ya… kita guna periuk rice cooker masa tumis bawang tadi (atas dapur), jadi terus angkat dan sambung masak guna rice cooker (jangan lupa tekan on).
  6. Biarkan ia masak (jangan buka tudung), tunggu 10 min (lepas suis nasi bertukar kepada warm) baru buka tudung, titiskan 3 perwarna di tempat berlainan)
  7. Guna chopstick untuk gaulkan pewarna tu dalam nasi dengan perlahan.

~ Jika kalian sayang nak guna periuk nasi atas dapur, gantikan dengan periuk biasa, kemudian salinkan ke periuk nasi elektrik dan onkan…. Masak guna rice cooker lebih mudah.😛

 

Opor Merah

Bahannya

  • Ayam  1/2 ekor, dibersihkan dan dipotong ikut suka.
  • Bawang besar (saiz besar ) – 1 labu
  • Halia – 1 inci
  • Lengkuas – 1/2 inci
  • Serai – 3 batang (ambil isinya)
  • Bawang putih -3 ulas (kesemua bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas dan serai diblender)
  • Chili paste – 3 sudu besar (kita buat sendiri sebab yang dijual tu masam dan ada pengawet)
  • Tomato puri – 1 tin kecil (kalau tak ada guna sos tomato)
  • Carrot – 1 batang dipotong 1 inci panjang, dan dikerat empat.
  • Kacang peas dalam tin – 1 tin kecil
  • Rempah kasar (kayu manis, cengkih , pelaga, bunga lawang)
  • Santan pekat – 3 sudu besar (kita guna santan kotak)
  • Air – 3 hingga 4 cawan (agak-agak)
  • Garam, gula dan perasa secukupnya
  • Minyak untuk menumis

Caranya

  1. Mula-mula gaul dulu ayam yang telah dipotong dengan sedikit garam dan kunyit.
  2. Goreng separuh masak dan ketepikan.
  3. Tumis bahan-bahan yang diblender bersama chilli paste, rempah kasar sampai bau harum.
  4. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi, carrot , air , tomato puri dan santan. Biarkan ia mereneh dengan api yang perlahan.
  5. Bila sudah naik minyak, sedikit pekat, warna pun cantik, carrot empuk dan ayam masak, bubuh garam, perasa dan gula secukupnya.
  6. Masakan ini sedikit manis. Kena ada rasa gula baru sedap.
  7. Hidangkan dengan taburan kacang peas…. Sedap juga dimakan dengan roti.

 

Salad telur ni sebagai side dishes. Malas nak buat acar, hihii…… Kita curah je sos pencicah Aqila. Biasa mak buat sendiri sos salad tu.

 


8 Responses to “Nasi hujan panas dan opor merah”


  1. February 15, 2011 at 12:38 pm

    wah….kena print resepi ni..!

  2. February 17, 2011 at 10:34 am

    tengok nasi itu boleh tahan lagi napsunya..

    tengok ayam yg cun melecun sudah goyah lah fulaks..

    tengok salad telur, terus runtuh kesabarannya… maza nak jugakkkkk… aderkkkkk

    “mama jahatnya, mama memang jahat.. lalalala… uhuk!”… sila nyanyi ikut melodi lagu “Jahat” nyanyian Stacy…

  3. 5 Fiza
    June 4, 2012 at 4:47 pm

    salam,
    Saya dah cuba resepi ayam opor tu..mmg sedap. terima kasih.

  4. 7 ena
    April 24, 2015 at 7:17 pm

    nk cuba malam ni;)


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Blog Stats

  • 281,638 views
February 2011
M T W T F S S
« Jan   Mar »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28  

Categories

Jamu Mata

Udang harimau ni diterbangkan khas dari Sabah

Nasi hujan panas ni buat pertama kali. Terlebih pewarna, hehe....

Nasi mandhi bersama briayani ayam dan daging black pepper

Pudding Lapis Strawberry dan Chocolate

Cupcake ni adalah hadiah Tie kepada keluarga pengantin (adik ipar)

Puff pastry , mini pie


%d bloggers like this: