Archive for the 'Asam Pedas' Category

19
Jan
11

Gulai Tempoyak Ikan Temoleh bersama Timun Tua

 

Masakan kegemaran suami. Ikan temoleh tu anak buahnya yang beri. Asalnya ikan tu besar, seberat 16 kilo dari Tasik Kenyir. Kami diberinya sepotong. Isi sahaja, boleh masak 2 kali.

 

 

Resepinya boleh cari di sini. Tie tak pandai nak sukat-sukat, leceh sebenarnya.

Pada sesiapa yang tak pernah lihat atau kenal timun tua tu, ini ada Tie tepek di bawah.. dari blog lama Tie (Memori).

 

 

dan bila dibelah, sama je dengan timun biasa.

Masukkan timun ni yang telah dibuang empulur @ bijinya akhir sekali. Tak perlu buang kulitnya.

Advertisements
28
Jul
10

Asam pedas ikan baung

Ikan baung ni banyak terdapat di sungai di sini. Kawan abang yang beri, dia menjala malam tu. Abang dan anak-anak suka makan. Tie ni kurang sikit, minat pada ikan sungai. Tapi, tetap masak untuk mereka .. 😛

Ini Tie dah siang dan buang sengatnya. Leceh sikit, agak berlendir sebab masih segar. Rendam dulu sekejap dalam air beras atau air asam jawa untuk mengurangkan rasa hanyir. Okaylah tu.

Nak masak asam pedas ni mudah je. Bawang kecil, bawang putih dan lada kering (atau lada merah) serta sedikit kunyit hidup diblender. Kalau nak bubuh belacan sikit pun boleh.

Kemudian tumislah hingga naik baunya. Bubuh air asam jawa (bukan asam keping tau!) dan air tapi janganlah sampai cair sangat. Bila dah didih, masukkan ikan dan daun kesom tu. Rasalah garamnya….

.

.

.

Kekadang Tie bubuh bunga kantan. Abang suka sangat. Tapi hari tu tak ada pulak. Jadi, masak ajelah apa yang ada.

03
May
09

Asam Pedas Pari

Orang Johor memang popular dengan lauk asam pedas ni. Kami panggil gulai je. Biasa hanya bubuh daun kesum.

Tumis bawang merah, bawang putih, lada kering yang kesemuanya telah di blender. Bila bau dah semerbak, masukkan air asam jawa (secukup rasa), air dan garam. Bubuhlah ikan pari tu dan masak sampai gelegak.




Blog Stats

  • 298,508 views
September 2017
M T W T F S S
« Nov    
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  

Categories

Jamu Mata

Udang harimau ni diterbangkan khas dari Sabah

Nasi hujan panas ni buat pertama kali. Terlebih pewarna, hehe....

Nasi mandhi bersama briayani ayam dan daging black pepper

Pudding Lapis Strawberry dan Chocolate

Cupcake ni adalah hadiah Tie kepada keluarga pengantin (adik ipar)

Puff pastry , mini pie