Archive for the 'coleslaw' Category

26
Jul
09

Kayteeze Fried Chicken

Ho ho ho……. KFC gak  !!

Hari ni memang Tie terlebih rajin. Teringin nak buat KFC, jadi bersungguh2 bersilat di dapur tu, hi hi…. Senang je nak buat ayam goreng ni. Perap je ayam yang telah dibersihkan tu dengan serbuk paprika , pepper, garam dan serbuk 5 spices.

Kemudian taburkan tepung naik sendiri, supaya ayam goreng tu berkerak sedikit. Untuk coleslaw tu, potong halus kobis, carrot, bawang dan lada bangala jika suka. Bubuh sos coleslaw (boleh ganti dengan mayonaise atau krim) dan tambah sedikit gula. Gaul rata dan simpan dalam peti sejuk sebelum dimakan.

Untuk membuat kentang lecek, rebus dulu kentang yang dipotong kecil supaya cepat empuk. Lecek halus bila dah cukup masak. Masukkan sedikit butter, secubit garam, pepper dan sedikit susu.

Kuah kentang lecek tu dibuat dengan pati ayam. Boleh guna yang dalam botol atau yang kiub. Masak dengan air, dan tambah serbuk 5 spices tu. Pekatkan dengan campuran tepung gandum dan air… Kacau rata hingga masak dan sedikit pekat. Rasa dulu sebelum menambah garam.

Psst-  Bagi sesiapa yang tak makan ayam, boleh gantikan dengan ikan… Sedap juga  !!!

Advertisements



Blog Stats

  • 301,316 views
November 2017
M T W T F S S
« Nov    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Categories

Jamu Mata

Udang harimau ni diterbangkan khas dari Sabah

Nasi hujan panas ni buat pertama kali. Terlebih pewarna, hehe....

Nasi mandhi bersama briayani ayam dan daging black pepper

Pudding Lapis Strawberry dan Chocolate

Cupcake ni adalah hadiah Tie kepada keluarga pengantin (adik ipar)

Puff pastry , mini pie