Archive for the 'daging' Category

09
Apr
12

Gulai Rusa bersama Umbut Nyior….

Alhamdulillah… berjaya juga makcik update kat sini setelah 9 bulan menyepi, hihihi….

 

Err… resepinya kita bubuh kemudian, ya…. (kalau rajin laa… 😆  )

29
May
11

Daging masak merah (Thai style)

Kebiasaannya masakan ala Thai di restoran amatlah mudah. Cuma tumis-tumis dan campak-campak.

Caranya:

  1. Mula-mula rebus daging hingga empuk. Hiris nipis-nipis dan ketepikan.
  2. Tumis 2-3 ulas bawang putih yang telah diketuk dan diracik kasar bersama hirisan bawang besar.
  3. Masukkan sos merah Thai , tapi kita guna cili sos biasa jer.
  4. Masukkan sedikit air, hirisan carrot, baby corn dan bunga kobis.
  5. Kemudian masukkan hirisan daging tadi .
  6. Bubuh garam, gula (sedikit manis) dengan seimbangkan rasanya.
  7. Kalau suka pedas, bubuh beberapa biji lada kecil yang telah diketuk.
  8. Hidangkan dengan ditaburkan bawang goreng dan daun ketumbar.
04
Nov
10

Gulai Daging Olala

Kami ada sedikit daging kijang, jadi Tie nak cuba masak dengan cara tersendiri. Kalian boleh gantikan dengan daging kambing atau lembu. Tapi, cuba-cubalah intai belakang rumah tu, err… mana tahu kot-kot boleh lastik kijang sekor dua, waaakakaa…..

Okay, bahan-bahannya ialah :

  • 250-300 g daging (kijang, rusa, kambing atau lembu)
  • 1 labu bawang besar dimayang halus
  • 3 ulas bawang putih, juga dimayang halus
  • 3cm halia, dihiris halus
  • Sejemput rempah kasar (cengkih, pelaga,kulit kayu manis, bunga lawang)

Bahan-bahan di atas ditumis dengan minyak atau campuran minyak dan butter hingga garing.

Kemudian masukkan

  • Paste rempah briyani (2 sudu besar) dan
  • Paste chilli (1 sudu) besar, … sila buat sendiri.. toksah beli sebab ada bahan pengawet. Kang botak kepala, ekekeke….

Tumis kesemuanya hingga naik bau dan berminyak.

Seterusnya masukkan

  • 200 ml santan (kotak, agak-agak jer) bersama air secukupnya.
  • 1 sudu besar kerisik
  • 2 sudu besar yogurt

Masak la gulai itu hingga daging empuk. Bila dah empuk, baru masukkan

  • 2-3 biji kentang yang dipotong ikut suka dan biarkan empuk.

Akhir sekali bubuh

  • Garam secukupnya,
  • 2 sudu besar brown sugar (atau gula melaka), boleh tambah ikut rasa
  • 1 biji tomato yang dipotong
  • dan taburlah setangkai daun ketumbar yang dipotong kasar. Tie suka daun ketumbar kerana baunya.

Rasa gulai tu supaya boleh adjust rasa masin dan sedikit manis. Terpulanglah pada kalian jika inginkan gulai pekat atau cair atau lebihkan masam (boleh tambah yogurt).

~ Sedap dimakan bersama nasi putih atau dicicah dengan roti!!

 

 

22
Sep
10

Daging masak lemak cili api

Pertama kali merasanya bila seorang jiran (orang nogori…) memasaknya. Sodap lak. Biasa masak kari, tapi bila rasa gulai lemak cili api daging ni terus terpikat dan tak sabor nak cuba masak sendiri.

Ramuan dan caranya senang jer. Tumbuk bawang merah, bawang putih, serai, halia, lada kecil dan tumis semuanya hingga naik bau. Ooo… lupa pulak tang kunyit hidup tu.

Tie rebus daging terlebih dahulu dan hiris nipis.  Kalau guna daging salai lagi best. Masukkan santan sederhana pekat dan masaklah seperti biasa. Boleh tambah kentang jika suka. Bubuh sekeping asam gelugor (asam keping laa…) dan garam secukupnya. Hidang panas-panas tau!!!

18
Sep
10

Daging masak lada hitam

Sorry, gambar kabur sebab guna hp jer.

Caranya mudah, tumis bawang putih dan hirisan bawang besar, masukkan daging yang sudah direbus. Goreng sekejap, tambah sos black pepper, sos tomato dan kicap pekat manis.

Hias dengan potongan tomato, bell pepper dan daun ketumbar.

02
Sep
10

Daging masak opor merah dan paceri nenas

Daging masak opor merah…..

Opor Merah

Bahannya

  • Daging yang telah direbus  1/2 kilo,
  • Bawang besar (saiz besar ) – 1 labu
  • Halia – 1 inci
  • Lengkuas – 1/2 inci
  • Serai – 3 batang (ambil isinya)
  • Bawang putih -3 ulas (kesemua bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas dan serai diblender)
  • Chili paste – 3 sudu besar (kita buat sendiri sebab yang dijual tu masam dan ada pengawet)
  • Tomato puri – 1 tin kecil (kalau tak ada guna sos tomato)
  • Carrot – 1 batang dipotong 1 inci panjang, dan dikerat empat.
  • Kacang peas dalam tin – 1 tin kecil
  • Rempah kasar (kayu manis, cengkih , pelaga, bunga lawang)
  • Santan pekat – 3 sudu besar (kita guna santan kotak)
  • Air – 3 hingga 4 cawan (agak-agak)
  • Garam, gula dan perasa secukupnya
  • Minyak untuk menumis

Caranya

  1. Tumis bahan-bahan yang diblender bersama chilli paste, rempah kasar sampai bau harum.
  2. Masukkan daging yang telah direbus tadi, carrot , air , tomato puri dan santan. Biarkan ia mereneh dengan api yang perlahan.
  3. Bila sudah naik minyak, sedikit pekat, warna pun cantik, carrot empuk dan ayam masak, bubuh garam, perasa dan gula secukupnya.
  4. Masakan ini sedikit manis. Kena ada rasa manis baru sedap.
  5. Hidangkan dengan taburan kacang peas…. Sedap juga dimakan dengan roti.

.

.

Paceri Nenas

.

.

Nanti ada masa, Tie akan kongsikan cara membuatnya. Sekarang ni busy sikit.

19
Aug
10

Rendang Daging




Blog Stats

  • 295,514 views
July 2017
M T W T F S S
« Nov    
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Categories

Jamu Mata

Udang harimau ni diterbangkan khas dari Sabah

Nasi hujan panas ni buat pertama kali. Terlebih pewarna, hehe....

Nasi mandhi bersama briayani ayam dan daging black pepper

Pudding Lapis Strawberry dan Chocolate

Cupcake ni adalah hadiah Tie kepada keluarga pengantin (adik ipar)

Puff pastry , mini pie