Archive for the 'Dalca' Category

28
Dec
09

Nasi minyak

Ni resepi Nasi Minyak, khas buat Izan dan sesiapa yang berminat.

Bahannya

4 cawan beras basmathi, basuh dan rendam dalam air selama 20-30 min. Kemudian toskan.

3  1/2 cawan air

2 sudu besar minyak sapi @ butter @ margerin

2 sudu besar minyak masak

2-3 ulas bawang putih dan 2 cm halia ditumbuh halus

3 labu bawang kecil atau 1 labu bawang besar saiz sederhana (mayang halus)

Rempah kasar… kayu manis, pelaga, bunga lawang, bunga pekak dan cengkih… sikit je.

Daun pandan

sedikit garam, pewarna,

1 cawan susu cair @ susu segar @ susu rendah lemak

Caranya

  • Mula-mula panaskan periuk letrik (atas dapur biasa), bubuh minyak sapi @ mentega, tumis dengan bawang putih dan halia yang ditumbuk.
  • Tambah minyak masak, rempah kasar dan hirisan bawang merah @ bawang besar. Sambung tumis hingga naik baunya. Api biarlah sederhana.
  • Masukkan beras yang telah ditoskan, gaul perlahan hingga kesemuanya beras itu disaluti minyak.
  • Seterusnya bubuh air yang disukat, susu dan sedikit garam .
  • Tutup api, alihkan periuk nasi ke ‘ibu’ periuk nasi letrik tu. Bubuh daun pandan, dan on kan suis. (ingat, jangan nak intai pulak nasi tu… )
  • Bila nasi dah masak, biarkan dulu 5-10 minit. Kemudian bubuh beberapa titik pewarna kuning atau saffron jika ada. Jangan kacau dulu. Tunggu sekejap, gaul perlahan dengan chopstick atau garfu. Beras basmathi yang cantik akan berderai dan tak melekit. Jika terlebih air, isinya pecah.
  • Kak tie lebihkan 1/2 cawan air (dari sukatan 1:1) kerana takut terlalu keras. Kang tak larat nak mengunyah, hi hi hi…

Lauknya ikut suka laa…. kak tie memang tak pandai nak sukat-sukat.  Sesiapa yang tak pernah masak nasi minyak ni boleh cuba cara Tie. Harap berhasil. Kalau kurang pasti, meh datang rumah… kak tie boleh ajar.. tapi bawak ayam seekor buat pengeras, ekekeke………

.

.

.

Lauknya simple, ayam masak merah @ pedas.

.

Err…… rajin pulak buat dalca ni, hi hi

.

.

Okaylah… selamat mencuba !

.

.

25
Jun
09

Dalca (permintaan dari Farid)

Okaylah… tanpa membuang masa, kak tie beritahu bahan2 dan cara2nya….

dalca

a) 3-4 ulas bawang kecil, 2 ulas bawang putih, sedikit halia (kesemuanya ditumbuk lumat atau dimayang halus)

b) Setengah peket serbuk kari/dalca (dlm 3 sudu besar) dibuat paste dengan mencampurkan sedikit air… macam nestum laa…

c) Tumis (a) hingga garing atau harum, masukkan paste kari/dalca, dan tumis lagi…. boleh masukkan sedikit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dll dan juga daun kari…

d) Masukkan santan (agak2 laa…) ,

kacang dal (segenggam dal yang direndam 1 malam dan direbus dulu),

daging yang direbus (potong kecil) atau ayam (untuk 3 orang makan), daging cincang pun boleh…,

karot (1 je, potong kecil)

2-3 biji kentang (dipotong 4)

dan  3-4 urat kacang panjang (dipotong ~ 1 inci).

Bila dah empuk, boleh masukkan tomato (1 biji potong 4), terung (1 biji, potong kecil) dan hirisan lada (jika suka). Tambahkan garam dan rasa.

Masak dalca ni jangan guna banyak sangat daging atau ayam… sebab bila dah tambah sayur2, kentang dan karot tu, lauk jadi banyak…  Kalau suka pedas, boleh tambah serbuk kari dan lada… Selamat mencuba!!!




Blog Stats

  • 295,514 views
July 2017
M T W T F S S
« Nov    
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Categories

Jamu Mata

Udang harimau ni diterbangkan khas dari Sabah

Nasi hujan panas ni buat pertama kali. Terlebih pewarna, hehe....

Nasi mandhi bersama briayani ayam dan daging black pepper

Pudding Lapis Strawberry dan Chocolate

Cupcake ni adalah hadiah Tie kepada keluarga pengantin (adik ipar)

Puff pastry , mini pie