Archive for the 'Gulai' Category

09
Apr
12

Gulai Rusa bersama Umbut Nyior….

Alhamdulillah… berjaya juga makcik update kat sini setelah 9 bulan menyepi, hihihi….

 

Err… resepinya kita bubuh kemudian, ya…. (kalau rajin laa… 😆  )

Advertisements
17
Jan
11

Gulai Puyuh

Biasanya puyuh digoreng, tapi kali ini kita buat gulai.

 

Resepinya seperti gulai kari biasa. Cuma Tie tambah kerisik, serbuk ketumbar dan palm sugar . Sedap gak. Dan kita buat sedikit acar sebagai temannya, hehehe…

 

 

Acar budak sekolah. Mudah dan ringkas. Cuma tambah sedikit cuka, secubit garam dan beberapa sudu besar gula. Gaul rata dan hidangkan. Biasa kita simpan dalam fridge dulu.

 

 

 

04
Nov
10

Gulai Daging Olala

Kami ada sedikit daging kijang, jadi Tie nak cuba masak dengan cara tersendiri. Kalian boleh gantikan dengan daging kambing atau lembu. Tapi, cuba-cubalah intai belakang rumah tu, err… mana tahu kot-kot boleh lastik kijang sekor dua, waaakakaa…..

Okay, bahan-bahannya ialah :

  • 250-300 g daging (kijang, rusa, kambing atau lembu)
  • 1 labu bawang besar dimayang halus
  • 3 ulas bawang putih, juga dimayang halus
  • 3cm halia, dihiris halus
  • Sejemput rempah kasar (cengkih, pelaga,kulit kayu manis, bunga lawang)

Bahan-bahan di atas ditumis dengan minyak atau campuran minyak dan butter hingga garing.

Kemudian masukkan

  • Paste rempah briyani (2 sudu besar) dan
  • Paste chilli (1 sudu) besar, … sila buat sendiri.. toksah beli sebab ada bahan pengawet. Kang botak kepala, ekekeke….

Tumis kesemuanya hingga naik bau dan berminyak.

Seterusnya masukkan

  • 200 ml santan (kotak, agak-agak jer) bersama air secukupnya.
  • 1 sudu besar kerisik
  • 2 sudu besar yogurt

Masak la gulai itu hingga daging empuk. Bila dah empuk, baru masukkan

  • 2-3 biji kentang yang dipotong ikut suka dan biarkan empuk.

Akhir sekali bubuh

  • Garam secukupnya,
  • 2 sudu besar brown sugar (atau gula melaka), boleh tambah ikut rasa
  • 1 biji tomato yang dipotong
  • dan taburlah setangkai daun ketumbar yang dipotong kasar. Tie suka daun ketumbar kerana baunya.

Rasa gulai tu supaya boleh adjust rasa masin dan sedikit manis. Terpulanglah pada kalian jika inginkan gulai pekat atau cair atau lebihkan masam (boleh tambah yogurt).

~ Sedap dimakan bersama nasi putih atau dicicah dengan roti!!

 

 

02
Sep
10

Daging masak opor merah dan paceri nenas

Daging masak opor merah…..

Opor Merah

Bahannya

  • Daging yang telah direbus  1/2 kilo,
  • Bawang besar (saiz besar ) – 1 labu
  • Halia – 1 inci
  • Lengkuas – 1/2 inci
  • Serai – 3 batang (ambil isinya)
  • Bawang putih -3 ulas (kesemua bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas dan serai diblender)
  • Chili paste – 3 sudu besar (kita buat sendiri sebab yang dijual tu masam dan ada pengawet)
  • Tomato puri – 1 tin kecil (kalau tak ada guna sos tomato)
  • Carrot – 1 batang dipotong 1 inci panjang, dan dikerat empat.
  • Kacang peas dalam tin – 1 tin kecil
  • Rempah kasar (kayu manis, cengkih , pelaga, bunga lawang)
  • Santan pekat – 3 sudu besar (kita guna santan kotak)
  • Air – 3 hingga 4 cawan (agak-agak)
  • Garam, gula dan perasa secukupnya
  • Minyak untuk menumis

Caranya

  1. Tumis bahan-bahan yang diblender bersama chilli paste, rempah kasar sampai bau harum.
  2. Masukkan daging yang telah direbus tadi, carrot , air , tomato puri dan santan. Biarkan ia mereneh dengan api yang perlahan.
  3. Bila sudah naik minyak, sedikit pekat, warna pun cantik, carrot empuk dan ayam masak, bubuh garam, perasa dan gula secukupnya.
  4. Masakan ini sedikit manis. Kena ada rasa manis baru sedap.
  5. Hidangkan dengan taburan kacang peas…. Sedap juga dimakan dengan roti.

.

.

Paceri Nenas

.

.

Nanti ada masa, Tie akan kongsikan cara membuatnya. Sekarang ni busy sikit.

21
Aug
10

Gulai Ayam Hutan

Rasa dan texture ayam hutan hampir menyamai ayam kampung, mungkin lebih pejal. Untuk memasaknya Tie guna resepi gulai ayam kampung versi Ganu.

Caranya :-

  1. Tumis hirisan bawang kecil, bawang putih, halia , cengkih , pelaga, kayu manis dan bunga lawang.
  2. Bila bawang keperangan, masukkan paste rempah kari biasa (Tie guna adabi) bersama sesudu serbuk ketumbar (yang digoreng tanpa minyak dan ditumbuk lumat). Teruskan menumis hingga naik minyak.
  3. Masukkan santan cair dahulu, potongan ayam hutan @ ayam kampung dan masak hingga empuk. Biasa guna pressure cooker atau dapur arang.
  4. Tambah santan lagi untuk mendapatkan kuah yang sederhana pekat.
  5. Masukkan kerisik dalam sesudu dua untuk seekor ayam kecil, perasa seperti garam dan gula melaka@kabung @ gula merah @ nisey. Rasalah cukup garam dan sedikit manis.
  6. Akhir sekali bubuh sedikit (sesudu kecil) paste asam jawa untuk seimbangkan rasanya.

Cubalah… resepi ini boleh juga diguna untuk menggulai itik serati. Sedap dicicah dengan roti banggali atau roti arab. 😛

16
Jun
09

Gulai Itik Serati

Suami Tie dan anak2 suka makan gulai itik ni. Jadi Tie pun belajar dari mentua dan ipar. Mula2 kena cari itik serati dulu. Jangan pulak memandai2 sembelih itik sendiri. Silap-silap 3 hari 3 malam itik tu dok jalan macam zombie, ekekeke…. ( nyawa itik ni liat sikit)

Daging itik yang telah dibersihkan.


nyior muda

Gulai itik sedap dimasak bersama dengan moombear nyior. Ia sebenarnya tempurung kelapa yang masih muda dan lembut. Ambil sedikit di bahagian kepala kelapa…  Kemudian rendamkan dalam air garam. Bila nak guna, basuh dulu dan toskan.

moombear nyior

Inilah moombear nyior yang siap diambil dari nyior muda. Tumis hirisan bawang kecil, bawang putih, lengkuas dan halia. Kemudian masukkan paste campuran rempah kari dan kerutuk (nisbah 1:1). Tumislah hingga rempah betul2 masak. Masukkan kayu manis dan bunga lawang.

Kemudian masukkan itik yang telah di rebus terlebih dulu (supaya cepat empuk). Masukkan moombear nyior, santan, ketumbar yang telah digoreng tanpa minyak dan ditumbuk halus serta kerisik. Tambahkan perisa seperti garam, gula merah dan sedikit asam jawa…

Masaklah dengan sabar….. hasilnya memang best!! Tie suka cicah dengan roti dan ratah moobear nyior tu……….. yum yum!!! 😆




Blog Stats

  • 301,316 views
November 2017
M T W T F S S
« Nov    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Categories

Jamu Mata

Udang harimau ni diterbangkan khas dari Sabah

Nasi hujan panas ni buat pertama kali. Terlebih pewarna, hehe....

Nasi mandhi bersama briayani ayam dan daging black pepper

Pudding Lapis Strawberry dan Chocolate

Cupcake ni adalah hadiah Tie kepada keluarga pengantin (adik ipar)

Puff pastry , mini pie