Archive for the 'Ikan' Category

26
Jul
12

Ikan masak terutuk @ kuali

 

Masakan ini lebih kurang sama jer dengan Sotong Masak Kuali sebelum ini. Cuma kali ini Tie guna santan.

1. Goreng ikan terlebih dahulu dan asingkan. Goreng seperti biasa, letak kunyit dan garam.

2. Ā Blender semua bahan ini

  • Bawang kecil : 7-10 labu @ 1 labu bawang besar
  • Bawang putih: 4 ulas
  • Lada kering (rebus dulu/lembutkan dgn air panas) : segenggam @ kurang, terpulang tahap kepedasannya.
  • Serai : 4-5 batang, ambil isinya atau jika suka titik jer kalau taknak blender.
  • Lengkuas : 1.5 inci, potong kecil supaya mudah nak blender.

3. Tumis bahan yang telah diblender bersama 1 sudu besar serbuk kunyit. Kalau guna kunyit hidup boleh blender sekali.

4. Bila dah naik minyak, tambah 2 sudu besar pati santan , 1/2 cawan air atau lebih, 1 keping asam gelugor, kacau rata dan biarkan ia mereneh dgn api perlahan.

5. Tambahkan garam dan gula ikut rasa. Rasa mesti seimbang. Masukkan ikan yang dah digoreng, biarkan ia mesra seketika dan tutup api.

Masakan ini seharusnya pekat, dengan rasa lemak, pedas dan sedikit manis. Cubalah.. hubby Tie suka. Boleh digantikan ikan dengan ayam (goreng separuh masak dulu), sotong (tak perlu goreng/rebus) , ketam (goreng sekejap)atau udang(goreng sekejap). Setiap masakan akan terhasil dengan rasa berbeza bila ditukar bahan asasnya.

Selamat mencuba šŸ™‚

Advertisements
03
May
12

stim limau…. tapi tak pasti nama ikan ni.

Ikan segar……

.

.

.

Stim limau yang enak!

16
Feb
11

Ikan pari bakar

Guna sos ikan bakar Aqila.

.

.

.

Kita guna anak pari (orang sini panggil ikan tuka)

.

.

.

Lumur rata pada ikan, atas dan bawah. Kalau ada daun kunyit, hiris halus dan taburkan sekali.

.

.

.

Bungkus kemas aluminium foil tu. Perap sebentarĀ  dalam peti sejukĀ  selama 15 min.

.

.

.

Dah siap beberapa bungkus sebelum di bakar atas api arang atau oven atau atas dapur je.

Boleh gunaĀ  sebarang jenis ikan. Kita biasa guna ikan kerapu atau tilapia. Orang sini biasa guna ikan tilapia.

.

.

Dah siap pun…. !!! :mrgreen:

 

 

19
Jan
11

Gulai Tempoyak Ikan Temoleh bersama Timun Tua

 

Masakan kegemaran suami. Ikan temoleh tu anak buahnya yang beri. Asalnya ikan tu besar, seberat 16 kilo dari Tasik Kenyir. Kami diberinya sepotong. Isi sahaja, boleh masak 2 kali.

 

 

Resepinya boleh cari di sini. Tie tak pandai nak sukat-sukat, leceh sebenarnya.

Pada sesiapa yang tak pernah lihat atau kenal timun tua tu, ini ada Tie tepek di bawah.. dari blog lama Tie (Memori).

 

 

dan bila dibelah, sama je dengan timun biasa.

Masukkan timun ni yang telah dibuang empulur @ bijinya akhir sekali. Tak perlu buang kulitnya.

28
Jul
10

Asam pedas ikan baung

Ikan baung ni banyak terdapat di sungai di sini. Kawan abang yang beri, dia menjala malam tu. Abang dan anak-anak suka makan. Tie ni kurang sikit, minat pada ikan sungai. Tapi, tetap masak untuk mereka .. šŸ˜›

Ini Tie dah siang dan buang sengatnya. Leceh sikit, agak berlendir sebab masih segar. Rendam dulu sekejap dalam air beras atau air asam jawa untuk mengurangkan rasa hanyir. Okaylah tu.

Nak masak asam pedas ni mudah je. Bawang kecil, bawang putih dan lada kering (atau lada merah) serta sedikit kunyit hidup diblender. Kalau nak bubuh belacan sikit pun boleh.

Kemudian tumislah hingga naik baunya. Bubuh air asam jawa (bukan asam keping tau!) dan air tapi janganlah sampai cair sangat. Bila dah didih, masukkan ikan dan daun kesom tu. Rasalah garamnya….

.

.

.

Kekadang Tie bubuh bunga kantan. Abang suka sangat. Tapi hari tu tak ada pulak. Jadi, masak ajelah apa yang ada.

11
Apr
10

Gulai asam pedas ikan kelah

Tie guna 3 cili merah, satu labu bawang besar (kes malas nak guna bawang kecil), 3 ulas bawang putih… blender kesemuanya dan tumis. Bubuhlah bunga kantan atau daun kesum.

Sisiknya boleh dimakan, jadi Tie tak buang sisiknya. Kang kena marah pulak.. hehe….

02
Feb
10

Gulai ikan tongkol @ tuna @ aya

Gulai ni sesuai dimakan dengan nasi dagang. Tie cuma guna rempah kari biasa, campur sedikit rempah kerutuk dan sesudu dua cili mesin. Ikan tu direbus asing dulu dengan beberapa keping asam gelugor dan garam kasar.

Setelah rempah ditumis dan dibubuh santan, barulah masukkan ikan yang telah direbus (ikan saja). Bubuh beberapa biji lada kecil. Kemudian tambah gula perang. Garam dan asam keping tu boleh ditambah jika rasanya masih kurang.




Blog Stats

  • 301,316 views
November 2017
M T W T F S S
« Nov    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Categories

Jamu Mata

Udang harimau ni diterbangkan khas dari Sabah

Nasi hujan panas ni buat pertama kali. Terlebih pewarna, hehe....

Nasi mandhi bersama briayani ayam dan daging black pepper

Pudding Lapis Strawberry dan Chocolate

Cupcake ni adalah hadiah Tie kepada keluarga pengantin (adik ipar)

Puff pastry , mini pie