Archive for the 'Petola' Category

09
May
09

Solok Petola Ular

petola-ular

Ini adalah petola ular. Mungkin ramai dah kenal. Tie korek isinya dan buang.

Untuk buat isi solok ni , ambil isi ikan mentah (kembung pun boleh), tumbuk bersama bawang kecil (1-2 labu je), kelapa parut, sedikit halia, lada hitam 6-7 biji dan jika hendak lebih pedas bubuhlah lada kecik.

Jangan lupa tumbuk bersama dengan garam dan sedikit gula. Rasalah supaya dapat pastikan rasanya seimbang. Kemudian sumbat campuran isi ikan tu ke dalam petola yang dipotong2 tu.

Susun comel2 dalam periuk, bubuh santan sederhana pekat. Guna api yang perlahan. Bila dah empuk petola tu, dah boleh makan. Makanlah dengan nasi panas. Memang berselera tu… hubby Tie suka (biasalah masakan kelantan..hehe….)

solok-petola-ular Inilah rupanya bila masak. Ada sedikit kuah santan tu. Ada orang kukus je. Tapi hubby Tie suka yang berkuah. Nanti, Tie ajar cara buat solok lada pulak. Nak kena cari lada tu. Lada solok tak sama, lebih pedas menyengit!!

Advertisements



Blog Stats

  • 298,508 views
September 2017
M T W T F S S
« Nov    
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  

Categories

Jamu Mata

Udang harimau ni diterbangkan khas dari Sabah

Nasi hujan panas ni buat pertama kali. Terlebih pewarna, hehe....

Nasi mandhi bersama briayani ayam dan daging black pepper

Pudding Lapis Strawberry dan Chocolate

Cupcake ni adalah hadiah Tie kepada keluarga pengantin (adik ipar)

Puff pastry , mini pie