Archive for the 'kentang' Category

15
Jun
11

Spiral potato fries

Alamak! Sosnya sememeh lak…. tu lah bila buat kerja kelam kabut. Caranya amat mudah. Cuma jangan kupas kulit kentang, nanti susah macam kita tadi .

Kita goreng dalam baking tin yang buruk ni. Walaupun guna kentang yang kecik, tapi masih panjang lagi spiralnya… lagi pendek lagi mudah nak goreng.

Lepas buat spiral, celup dalam batter, dan salutkan dengan tepung (kita guna tepung kfc jer..).

.

.

Oh…..

Lupa nak tunjuk gadgetnya. Dulu kita ada, beli kat pasar malam rm10 boleh dapat pelbagai jenis slicer. Tapi dah hilang entah ke mana.

.

.

Ini jenis jenama tupperware. Beli kat ebay. Murah je. Ada jenis logam, tapi lebih baik guna jenis plastik ni, lebih selamat.

Advertisements
22
Aug
10

Soto Ayam dan Begedil Daging

Adoi laa….. cuba tengok begedil xxl kita, ekekeke…. Punyalah malas nak menggentel kecik-kecik. Tak sabor nak siap cepat.

Resepinya boleh google sendiri. Dah datang angin malas la ni, hehe… Tapi bila nak buat begedil ni, kena goreng kentang tu dulu. Jangan pulak direbus, kang benyek lak jadinya.

.

.

Ini lah rupa soto ayam kita. Kali ni kita buat lengkap. Siap ada soon goreng lagi.

16
Nov
09

sambal ikan bilis kentang

Sambal ikan bilis kentang

Hari ni tekak tak berselera. Bila tengok blog siapa entah ternampak sambal tumis kentang ni. Terus pakat dengan anak… Kopek kentang 5 biji. Tu pun macam tak cukup.

Tie suka ratah je. Memang sedap. Siap je masak terus makan dengan nasi panas. Tak pandang kiri kanan, makan nasi tambah lagi sepinggan!!! Alhamdulillah……… bahagia rasanya, ekekeke………..

26
Jul
09

Kayteeze Fried Chicken

Ho ho ho……. KFC gak  !!

Hari ni memang Tie terlebih rajin. Teringin nak buat KFC, jadi bersungguh2 bersilat di dapur tu, hi hi…. Senang je nak buat ayam goreng ni. Perap je ayam yang telah dibersihkan tu dengan serbuk paprika , pepper, garam dan serbuk 5 spices.

Kemudian taburkan tepung naik sendiri, supaya ayam goreng tu berkerak sedikit. Untuk coleslaw tu, potong halus kobis, carrot, bawang dan lada bangala jika suka. Bubuh sos coleslaw (boleh ganti dengan mayonaise atau krim) dan tambah sedikit gula. Gaul rata dan simpan dalam peti sejuk sebelum dimakan.

Untuk membuat kentang lecek, rebus dulu kentang yang dipotong kecil supaya cepat empuk. Lecek halus bila dah cukup masak. Masukkan sedikit butter, secubit garam, pepper dan sedikit susu.

Kuah kentang lecek tu dibuat dengan pati ayam. Boleh guna yang dalam botol atau yang kiub. Masak dengan air, dan tambah serbuk 5 spices tu. Pekatkan dengan campuran tepung gandum dan air… Kacau rata hingga masak dan sedikit pekat. Rasa dulu sebelum menambah garam.

Psst-  Bagi sesiapa yang tak makan ayam, boleh gantikan dengan ikan… Sedap juga  !!!




Blog Stats

  • 301,316 views
November 2017
M T W T F S S
« Nov    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Categories

Jamu Mata

Udang harimau ni diterbangkan khas dari Sabah

Nasi hujan panas ni buat pertama kali. Terlebih pewarna, hehe....

Nasi mandhi bersama briayani ayam dan daging black pepper

Pudding Lapis Strawberry dan Chocolate

Cupcake ni adalah hadiah Tie kepada keluarga pengantin (adik ipar)

Puff pastry , mini pie