Archive for the 'kuih' Category

22
Oct
16

Bingka Labu

Labu saya dah lama tersadai di dapor. Google resepi lalu jumpa satu yg rasa boleh dipercayai. Alhamdulillah menjadi juga bingka labu idaman hati.

cymera_20161022_112256

2016-10-18-07-36-08

2016-10-18-07-36-40

 

2016-10-18-07-37-07

Saya rasa kena kurangkan sedikit mentega. Resepi ni saya screenshot sebab malas nak salin.

Nanti saya cari tuan punya resepi yg saya screenshot ni. Lupa nak catat namanya.

Advertisements
02
Jun
11

Wajik

Ada orang tu mengidam nak makan wajik. Jadi kita try buat sendiri dengan berdebar-debar, hehe…

Resepi dari MyResepi.com

Terima kasih kepada as75 (tuan punya resepi)

Hasilnya….. okaylah. First time buat, rupa tu tak berapa cantik, tapi rasanya sedaplah jugak! Lain kali kena kukus pulut tu kot, barulah rupa beras pulut lebih menarik.

26
May
11

Kaya Balls

(photo guna hp, jadi kaburlah sikit…)

Dah lama nak cuba buat kaya balls sendiri. Kita guna acuan kuih cara.  Resepi asalnya adalah resepi waffle di sini. Kayanya dibuat sendiri (mudah-mudahan cepat kaya……  😆  ). Rupanya senang je buat kaya ni.

Oleh kerana kita tak guna sukatan, main hentam je, jadi kalian kenalah google sendiri resepinya, ya. Tapi asas buat kaya ni mudah je. Hanya guna telur, santan, gula (kita ganti dengan palm sugar) , sedikit tepung gandum dan air. Campur semua, kacau rata sambil masakkan atas api yang sederhana. Oh, bubuh daun pandan supaya baunya wangi.

Hasilnya…..

Isha kata sedap! 😛

.

05
Oct
10

Tapioca Balls

Nak habiskan stok ubi kayu, jadi kita buat tapioca balls (macam potato balls gak cuma tak bubuh cheese). Sedap la …. yum yum…

Caranya :

Mula-mula rebus ubi dahulu hingga empuk,

  • lecek dan tambah telur (sebiji cukup kot),
  • ikan bilis yang ditumbuk (udang kering pun ok),
  • hirisan daun kunyit jika ada,
  • bawang besar yang dipotong dadu,
  • serbuk paprika (atau chilli flakes), serbuk lada sulah dan sedikit garam.

Gaul rata adunan tersebut, tambah sedikit gandum untuk memudahkannya dibentuk menjadi bebola kecil. Lepas tu gorenglah hingga garing. Sedap dimakan dengan sos cili atau begitu sahaja.

Selamat mencuba!!

04
Oct
10

Lepat Ubi

Ini adalah kali kedua kita buat Lepat Ubi. Ubi ni abang yang tanam di belakang rumah (klate). Empuk juga jika direbus begitu sahaja.

  1. Mula-mula, potong ubi kecil-kecil dan blender dengan sedikit air.
  2. Tapiskan , ambil mendakannya (kanji) dan campur dengan ubi yang diblender tu. Air selebihnya dibuang jer..
  3. Tambahkan air gula melaka(yang pekat) hingga cukup manisnya.
  4. Potong daun pisang sama saiznya… lebih kurang 3.5 inci x 6.5 inci.
  5. Masukkan 1-2 sudu besar ke dalam daun pisang dan bungkuslah seperti bungkusan nasi lemak. Kukuslah sehingga masak.

Hmm…. memang sedap! Teringat lepat ubi yang mak buat masa kecil dulu…

24
Aug
10

Waffle

Kelmarin tak masak pun. Sebab ada jamuan berbuka di dewan quarters ni. Hari ni tak tahu laa.. rasa nak masak simple-simple jer…

Ni saje nak tepek gambar waffle yang pernah Tie buat dulu. Susah payah cari waffle maker di tesco , jb masa balik rumah mak beberapa bulan yang lepas. Jumpa satu ni jer… suka sangat-sangat.

Pilih jenis Takada ni sebab suka pattern wafflenya dan murah lak tu (rm60).

.

.

Memang minat design bentuk ‘love’ ni. Kalau jenama lain biasanya bentuk petak atau bulat je. Tak cukup menarik bagi Tie, hehe….

Nak recipes nya ?

Ni Tie copy paste dari

http://mrbreakfast.com/

  • 1 and 3/4 cups flour
  • 2 teaspoons baking powder
  • 1 Tablespoon sugar
  • 1/2 teaspoon salt
  • 3 beaten egg yolks
  • 1 and 3/4 cups milk
  • 1/2 cup vegetable oil
  • 3 egg whites – beaten stiffly

Mix all dry ingredients. Combine yolks and milk. Stir into dry ingredients. Stir in oil and mix. GENTLY fold in beaten egg whites, do not over mix.

Pour about 1/2 cup at a time into waffle iron.

So light and so fluffy!

.

.

Resepinya senang je. Tapi ada banyak versi. Tie pilih yang versi pukul putih telur asing, sebab hasilnya gebu dan ringan sekali. Macam kek chiffon lak. Dan batter ni juga boleh dibuat pancake. Tapi, sejak ada waffle maker ni, terus tak buat pancake lagi.

.

.

Budak-budak suka makan waffle, dan selalunya mesti suap kat Cookie (the hamster) tu… Hihihi….

~ Tie tambah esen vanilla sesudu teh supaya baunya harum semerbak bila dimasak.

20
Aug
10

Som som




Blog Stats

  • 301,316 views
November 2017
M T W T F S S
« Nov    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Categories

Jamu Mata

Udang harimau ni diterbangkan khas dari Sabah

Nasi hujan panas ni buat pertama kali. Terlebih pewarna, hehe....

Nasi mandhi bersama briayani ayam dan daging black pepper

Pudding Lapis Strawberry dan Chocolate

Cupcake ni adalah hadiah Tie kepada keluarga pengantin (adik ipar)

Puff pastry , mini pie