Archive for the 'mee' Category

12
Jun
11

Mee Bandung

Sebenarnya Tie buat mee bandung ni semasa berada di Kota Tinggi, di rumah mak. Try guna rencah yang dalam peket tu, tapi tak sedap. Tengok warnanya pun pucat jer. Jadi di sini Tie sediakan resepi sendiri….. Kalau berani cubalah, haha…

Bahan-bahannya

  1. 1/2 kilo mee kuning
  2. 2 sudu besar udang kering (dikisar halus)
  3. Udang segar , sotong atau daging ( yang telah di rebus dan dihiris nipis) ikut suka hati
  4. 3 -4 labu bawang merah (boleh diganti dengan bawang besar)
  5. 3 ulas bawang putih
  6. 3 sudu besar pes cili kering (sila blender sendiri, jangan guna yang dijual tu, tak sedap!)
  7. 1 biji keledek (yang besar) di rebus dan di lenyek halus
  8. 3 sudu besar kacang tumbuk
  9. 3 biji telur
  10. sedikit sawi
  11. Bawang goreng, daun sup…. untuk hiasan
  12. Lada jeruk (kita suka…. buat sendiri jer)

Caranya

  1. Tumis bawang putih dan bawang merah yang telah diblender atau di tumbuk bersama pes cili kering dan udang kering. Bila dah naik bau, bawang-bawang pun berubah warna, masukkan 2-3 mangkuk air..
  2. Masukkan keledek yang telah dilenyek tu, biar didih sebentar, masukkan udang/sotong/daging.
  3. Bubuh kacang tumbuk, garam dan pecahkan telor ke dalam kuah tu sebiji demi sebiji.
  4. Bila telor dah masak, masukkan sawi pulak.
  5. Akhir sekali masukkan mee kuning yang telah dicuci.

Bila masak, terus angkat dan hidangkan. Tabur bawang goreng, daun sup dan kacang tumbuk jika ada lebih. Mee ni cepat kembang. Jadi hanya masak bila nak makan jer… Ada orang suka masak kuah dan mee asing-asing. Kita suka masak sekali gus . Rasanya lebih mesra, hahaha….

Advertisements
28
Aug
10

Mee Kari

Tetiba rasa nak makan mee kari. Cari-cari keliling bazaar ramadhan, 3 tempat lak tu, tapi tak jumpa pun. Jadi, terpaksalah buat sendiri. Buat sikit je sebab orang lain kurang gemar. Kita makan dengan puas hati.. 😆

Caranya :

  1. Celur mee kuning , sawi dan taugeh berasingan.
  2. Tumis bawang merah, bawang putih dan sedikit halia yang dicincang halus.
  3. Tumiskan sekali paste kari (2 sudu kot + paste cili giling sikit) dan  masukkan santan sederhana pekat.
  4. Bila dah didih, bubuhlah ramuan ikut suka (udang, sotong, ayam, fish ball dll). Tambah garam, dan asam jawa (sikit je)  secukup rasa.
  5. Bila nak makan, curahkan kuah mee kari ke atas mee, taugeh, sawi yang tersedia dalam pinggan.  Hias dengan bawang goreng, daun sup dan telur rebus.

Sedap dimakan ketika panas lagi, hihihi…..




Blog Stats

  • 301,316 views
November 2017
M T W T F S S
« Nov    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Categories

Jamu Mata

Udang harimau ni diterbangkan khas dari Sabah

Nasi hujan panas ni buat pertama kali. Terlebih pewarna, hehe....

Nasi mandhi bersama briayani ayam dan daging black pepper

Pudding Lapis Strawberry dan Chocolate

Cupcake ni adalah hadiah Tie kepada keluarga pengantin (adik ipar)

Puff pastry , mini pie