Archive for the 'nasi' Category

15
Feb
11

Nasi hujan panas dan opor merah

Sempena hari Maulidur Rasul, kita dengan bersemangatnya memasak sesuatu yang istimewa untuk meraikannya. 😛

Nasi hujan panas amat mudah, seperti juga nasi minyak. Kita guna beras basmathi jenis Moghul. Hasilnya memang ternyata memuaskan.

Di sini kita cuba sediakan resepinya buat anak-anak dan adik-adik yang baru belajar memasak.

 

Nasi Hujan Panas

Bahannya :

  • Beras Basmathi (sebaiknya jenis Moghul untuk mendapatkan nasi yang panjang dan cantik) – 3 cawan
  • Bawang besar (saiz kecil) – 1 labu dimayang halus atau dadu jika suka
  • Bawang putih – 3 ulas (ditumbuk lumat bersama halia)
  • Halia – 1 inci
  • Butter atau minyak sapi – 3 sudu besar
  • Daun pandan – 2 helai dicarik-carik
  • Rempah kasar (kayu manis, cengkih, pelaga, bunga lawang) – sedikit jer.
  • Air bersih – 3 cawan
  • 3 pewarna , contohnya merah, kuning dan hijau.

Caranya

  1. Basuh beras dan rendam dalam 20-30 minit. Kemudian buang airnya dan sejat.
  2. Tumis bawang yang dimayang halus bersama bawang putih dan halia, rempah kasar sampai naik baunya. Guna butter atau minyak sapi… majerin pun boleh.
  3. Kemudian masukkan beras basmathi yang disejat tadi, gaul perlahan dengan tumisan, supaya butir-butir beras tu disalut rata.
  4. Bubuh air yang 3 cawan tadi, campakkan 1 sudu kecil garam, kacau rata, bubuh daun pandan dan masaklah dalam rice cooker.
  5. Oh, ya… kita guna periuk rice cooker masa tumis bawang tadi (atas dapur), jadi terus angkat dan sambung masak guna rice cooker (jangan lupa tekan on).
  6. Biarkan ia masak (jangan buka tudung), tunggu 10 min (lepas suis nasi bertukar kepada warm) baru buka tudung, titiskan 3 perwarna di tempat berlainan)
  7. Guna chopstick untuk gaulkan pewarna tu dalam nasi dengan perlahan.

~ Jika kalian sayang nak guna periuk nasi atas dapur, gantikan dengan periuk biasa, kemudian salinkan ke periuk nasi elektrik dan onkan…. Masak guna rice cooker lebih mudah. 😛

 

Opor Merah

Bahannya

  • Ayam  1/2 ekor, dibersihkan dan dipotong ikut suka.
  • Bawang besar (saiz besar ) – 1 labu
  • Halia – 1 inci
  • Lengkuas – 1/2 inci
  • Serai – 3 batang (ambil isinya)
  • Bawang putih -3 ulas (kesemua bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas dan serai diblender)
  • Chili paste – 3 sudu besar (kita buat sendiri sebab yang dijual tu masam dan ada pengawet)
  • Tomato puri – 1 tin kecil (kalau tak ada guna sos tomato)
  • Carrot – 1 batang dipotong 1 inci panjang, dan dikerat empat.
  • Kacang peas dalam tin – 1 tin kecil
  • Rempah kasar (kayu manis, cengkih , pelaga, bunga lawang)
  • Santan pekat – 3 sudu besar (kita guna santan kotak)
  • Air – 3 hingga 4 cawan (agak-agak)
  • Garam, gula dan perasa secukupnya
  • Minyak untuk menumis

Caranya

  1. Mula-mula gaul dulu ayam yang telah dipotong dengan sedikit garam dan kunyit.
  2. Goreng separuh masak dan ketepikan.
  3. Tumis bahan-bahan yang diblender bersama chilli paste, rempah kasar sampai bau harum.
  4. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi, carrot , air , tomato puri dan santan. Biarkan ia mereneh dengan api yang perlahan.
  5. Bila sudah naik minyak, sedikit pekat, warna pun cantik, carrot empuk dan ayam masak, bubuh garam, perasa dan gula secukupnya.
  6. Masakan ini sedikit manis. Kena ada rasa gula baru sedap.
  7. Hidangkan dengan taburan kacang peas…. Sedap juga dimakan dengan roti.

 

Salad telur ni sebagai side dishes. Malas nak buat acar, hihii…… Kita curah je sos pencicah Aqila. Biasa mak buat sendiri sos salad tu.

 

24
Aug
10

Nasi arab dan ayam panggang ala kenny rogers

Ingat nak masak simple-simple je hari ni, tapi tetiba ada peluang ke kedai tengahari tadi. Jadi, dapatlah memborong sikit dan fikir nak masak nasi arab atau nasi minyak.

Tapi, kita malas nak buat lauk briayani, terus godek-godek dan jumpa resepi ayam panggang kenny rogers di blog Ijan. Tie buat guna separuh je ayam sebab takut tak habis.

Rupanya tak berapa cantik, sebab mungkin terlalu banyak rempahnya.. tapi rasanya okaylah jugak, hehehe…

Resepi ayam panggang kenny rogers boleh cari di blog Ijan. Kita malas nak copy paste resepinya. Resepi nasi arab pulak teramatlah mudah. Macam nasi minyak cuma bubuh beberapa ketul kecil ayam. Kalau tak tahu, boleh cari di blog Ain. 😆

Kita saja bubuh color kuning pada nasi arab tu. Nampak ceria sikit!

22
Aug
10

Soto Ayam dan Begedil Daging

Adoi laa….. cuba tengok begedil xxl kita, ekekeke…. Punyalah malas nak menggentel kecik-kecik. Tak sabor nak siap cepat.

Resepinya boleh google sendiri. Dah datang angin malas la ni, hehe… Tapi bila nak buat begedil ni, kena goreng kentang tu dulu. Jangan pulak direbus, kang benyek lak jadinya.

.

.

Ini lah rupa soto ayam kita. Kali ni kita buat lengkap. Siap ada soon goreng lagi.

18
May
10

Nasi Goreng

Hidangan bagi orang malas. Tie habis idea tengahari tadi, jadi goreng je nasi semalam. Lagipun hanya 2-3 orang je yang balik makan tengahari ni…

Tie guna daging cincang yang tinggal sikit tu je… kemudian curahlah sos cili thai… rasanya, okay laaa…………

20
Jan
10

Nasi ayam

Lama tak buat nasi ayam. Dah jemu, dan tak tahu nak masak apa hari ni, terus teringat nak buat nasi ayam. Tie guna beras basmathi.

.

.

Ayam tu dikukus dan dipanggang kejap  ( setelah diperap dengan kicap manis, lada sulah, bawang putih , halia dan garam secukupnya)  untuk dapatkan rasa istimewa, hi hi hi……….

.

.

28
Dec
09

Nasi minyak

Ni resepi Nasi Minyak, khas buat Izan dan sesiapa yang berminat.

Bahannya

4 cawan beras basmathi, basuh dan rendam dalam air selama 20-30 min. Kemudian toskan.

3  1/2 cawan air

2 sudu besar minyak sapi @ butter @ margerin

2 sudu besar minyak masak

2-3 ulas bawang putih dan 2 cm halia ditumbuh halus

3 labu bawang kecil atau 1 labu bawang besar saiz sederhana (mayang halus)

Rempah kasar… kayu manis, pelaga, bunga lawang, bunga pekak dan cengkih… sikit je.

Daun pandan

sedikit garam, pewarna,

1 cawan susu cair @ susu segar @ susu rendah lemak

Caranya

  • Mula-mula panaskan periuk letrik (atas dapur biasa), bubuh minyak sapi @ mentega, tumis dengan bawang putih dan halia yang ditumbuk.
  • Tambah minyak masak, rempah kasar dan hirisan bawang merah @ bawang besar. Sambung tumis hingga naik baunya. Api biarlah sederhana.
  • Masukkan beras yang telah ditoskan, gaul perlahan hingga kesemuanya beras itu disaluti minyak.
  • Seterusnya bubuh air yang disukat, susu dan sedikit garam .
  • Tutup api, alihkan periuk nasi ke ‘ibu’ periuk nasi letrik tu. Bubuh daun pandan, dan on kan suis. (ingat, jangan nak intai pulak nasi tu… )
  • Bila nasi dah masak, biarkan dulu 5-10 minit. Kemudian bubuh beberapa titik pewarna kuning atau saffron jika ada. Jangan kacau dulu. Tunggu sekejap, gaul perlahan dengan chopstick atau garfu. Beras basmathi yang cantik akan berderai dan tak melekit. Jika terlebih air, isinya pecah.
  • Kak tie lebihkan 1/2 cawan air (dari sukatan 1:1) kerana takut terlalu keras. Kang tak larat nak mengunyah, hi hi hi…

Lauknya ikut suka laa…. kak tie memang tak pandai nak sukat-sukat.  Sesiapa yang tak pernah masak nasi minyak ni boleh cuba cara Tie. Harap berhasil. Kalau kurang pasti, meh datang rumah… kak tie boleh ajar.. tapi bawak ayam seekor buat pengeras, ekekeke………

.

.

.

Lauknya simple, ayam masak merah @ pedas.

.

Err…… rajin pulak buat dalca ni, hi hi

.

.

Okaylah… selamat mencuba !

.

.




Blog Stats

  • 290,990 views
May 2017
M T W T F S S
« Nov    
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Categories

Jamu Mata

Udang harimau ni diterbangkan khas dari Sabah

Nasi hujan panas ni buat pertama kali. Terlebih pewarna, hehe....

Nasi mandhi bersama briayani ayam dan daging black pepper

Pudding Lapis Strawberry dan Chocolate

Cupcake ni adalah hadiah Tie kepada keluarga pengantin (adik ipar)

Puff pastry , mini pie