Archive for the 'sayur' Category

29
Apr
11

Terung bersambal

Antara favourite Wanie. Resepi kita bubuh kemudian…..

Bawang kecil, bawang putih, udang kering atau ikan bilis, semuanya ditumbuk lumat. Tumiskan bersama paste cili mesin (kisar sendiri kalau nak lebih baik). Bila dah agak kering sikit, tambahkan garam dan gula. Masukkan terung yang telah digoreng sekejap. Kacau rata, rasa secukupnya. Makan dengan nasi panas.

.

09
Mar
11

Sayur Goreng Stail Jawa

Menu beberapa hari yang lepas. Baru teringat nak postkan disini  😛

 

Masaknya senang sahaja. Rendam dulu tahu kering dan soo hoon. Tempe , tahu dan kentang dipotong kecil. Kita tambah 3-4 udang untuk memeriahkannya.

Guna ikan bilis sebagai perencah. Goreng tempe, tahu dan kentang dulu. Kemudian masukkan bahan tumisan iaitu bawang merah, bawang putih dan ikan bilis yang ditumbuk. Biarkan hingga naik bau.

Tambah kacang panjang yang telah dipotong ikut suka, hirisan lada kering , tahu kering dan soohon. Bubuhlah garam akhirnya. Kalau suka, tambah sedikit air. Bila semua masak, terus hidangkan.

Kita ratah je… sedap.. :mrgreen:

25
Aug
10

Taugeh goreng bertauhu

Hari ni Tie masak ringkas jer. Dah lama nak makan taugeh, antara sayur kegemaran Tie, hihi….

Bahan-bahannya :

  • Taugeh segar
  • Carrot dihiris halus
  • Tauhu
  • Bawang kecil dan bawang putih yang dicincang halus
  • Ikan bilis sebagai perencah
  • Sedikit sos tiram
  • Garam secukupnya
  • Daun ketumbar dan bawang goreng sebagai penambah rasa.

Masaklah macam biasa, ya. Ikan bilis digoreng garing, kuiskan ke tepi kuali dan tumis bawang-bawang tu.

Masukkan tauhu yang dipotong kecil bersama carrot. Masukkan sos tiram, garam dan akhir sekali taugeh. Goreng sekejap sahaja, kerana taugeh sedap dimakan ketika rangup. Daun ketumbar dan bawang goreng tu di tabur, dikacau rata dan angkatlah ke pinggan untuk dimakan.

Kemalasan tahap maksima. Ekor taugeh dibiar terkontang kanting…. ekekeke….




Blog Stats

  • 290,990 views
May 2017
M T W T F S S
« Nov    
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Categories

Jamu Mata

Udang harimau ni diterbangkan khas dari Sabah

Nasi hujan panas ni buat pertama kali. Terlebih pewarna, hehe....

Nasi mandhi bersama briayani ayam dan daging black pepper

Pudding Lapis Strawberry dan Chocolate

Cupcake ni adalah hadiah Tie kepada keluarga pengantin (adik ipar)

Puff pastry , mini pie