Archive for the 'Sotong' Category

27
Sep
10

Sambal tumis sotong

Hari ni tergerak lak hati nak masak sambal tumis sotong. Adoi…. habislah diet kita…

Trick masak sotong ni ialah masa memasaknya. Tak boleh lama-lama. Nanti jadi liat macam getah.

.

.Tumis dahulu bawang merah, bawang putih dan lada kering yang dikisar. Masukkan sedikit air, garam dan gula. Tie tak bubuh belacan dan asam jawa. Setelah kuahnya pekat dan rasanya okay, masukkan sotong, kacau sekejap dan tutup api.

29
Jan
10

Sotong Masak Kuali

Rindu pulak pada sotong. Bila nampak sotong segar dalam van tu, terus beli setengah kilo…RM8, rasanya mahal kot. Tak pe laa.. sekali sekala, hehe..

Sebenarnya dah jemu masak sambal, teringinkan sedikit kelainan. Jadi Tie masak kuali yang biasanya guna ikan.

Err….. mula-mula kena cari kuali dulu, hi hi hi….

Blender bawang kecil, bawang putih. lada kering dan lengkuas. Tumis bersama beberapa batang serai yang diketuk. Bubuh sedikit kunyit dan tumis lagi. Tambah  garam dan gula. Rasa mesti seimbang. Jika hendak bubuh santan pun boleh tapi sedikit sahaja.

Cubalah… 😛




Blog Stats

  • 295,514 views
July 2017
M T W T F S S
« Nov    
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Categories

Jamu Mata

Udang harimau ni diterbangkan khas dari Sabah

Nasi hujan panas ni buat pertama kali. Terlebih pewarna, hehe....

Nasi mandhi bersama briayani ayam dan daging black pepper

Pudding Lapis Strawberry dan Chocolate

Cupcake ni adalah hadiah Tie kepada keluarga pengantin (adik ipar)

Puff pastry , mini pie