Archive for the 'Telur' Category

15
Feb
11

Nasi hujan panas dan opor merah

Sempena hari Maulidur Rasul, kita dengan bersemangatnya memasak sesuatu yang istimewa untuk meraikannya. 😛

Nasi hujan panas amat mudah, seperti juga nasi minyak. Kita guna beras basmathi jenis Moghul. Hasilnya memang ternyata memuaskan.

Di sini kita cuba sediakan resepinya buat anak-anak dan adik-adik yang baru belajar memasak.

 

Nasi Hujan Panas

Bahannya :

  • Beras Basmathi (sebaiknya jenis Moghul untuk mendapatkan nasi yang panjang dan cantik) – 3 cawan
  • Bawang besar (saiz kecil) – 1 labu dimayang halus atau dadu jika suka
  • Bawang putih – 3 ulas (ditumbuk lumat bersama halia)
  • Halia – 1 inci
  • Butter atau minyak sapi – 3 sudu besar
  • Daun pandan – 2 helai dicarik-carik
  • Rempah kasar (kayu manis, cengkih, pelaga, bunga lawang) – sedikit jer.
  • Air bersih – 3 cawan
  • 3 pewarna , contohnya merah, kuning dan hijau.

Caranya

  1. Basuh beras dan rendam dalam 20-30 minit. Kemudian buang airnya dan sejat.
  2. Tumis bawang yang dimayang halus bersama bawang putih dan halia, rempah kasar sampai naik baunya. Guna butter atau minyak sapi… majerin pun boleh.
  3. Kemudian masukkan beras basmathi yang disejat tadi, gaul perlahan dengan tumisan, supaya butir-butir beras tu disalut rata.
  4. Bubuh air yang 3 cawan tadi, campakkan 1 sudu kecil garam, kacau rata, bubuh daun pandan dan masaklah dalam rice cooker.
  5. Oh, ya… kita guna periuk rice cooker masa tumis bawang tadi (atas dapur), jadi terus angkat dan sambung masak guna rice cooker (jangan lupa tekan on).
  6. Biarkan ia masak (jangan buka tudung), tunggu 10 min (lepas suis nasi bertukar kepada warm) baru buka tudung, titiskan 3 perwarna di tempat berlainan)
  7. Guna chopstick untuk gaulkan pewarna tu dalam nasi dengan perlahan.

~ Jika kalian sayang nak guna periuk nasi atas dapur, gantikan dengan periuk biasa, kemudian salinkan ke periuk nasi elektrik dan onkan…. Masak guna rice cooker lebih mudah. 😛

 

Opor Merah

Bahannya

  • Ayam  1/2 ekor, dibersihkan dan dipotong ikut suka.
  • Bawang besar (saiz besar ) – 1 labu
  • Halia – 1 inci
  • Lengkuas – 1/2 inci
  • Serai – 3 batang (ambil isinya)
  • Bawang putih -3 ulas (kesemua bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas dan serai diblender)
  • Chili paste – 3 sudu besar (kita buat sendiri sebab yang dijual tu masam dan ada pengawet)
  • Tomato puri – 1 tin kecil (kalau tak ada guna sos tomato)
  • Carrot – 1 batang dipotong 1 inci panjang, dan dikerat empat.
  • Kacang peas dalam tin – 1 tin kecil
  • Rempah kasar (kayu manis, cengkih , pelaga, bunga lawang)
  • Santan pekat – 3 sudu besar (kita guna santan kotak)
  • Air – 3 hingga 4 cawan (agak-agak)
  • Garam, gula dan perasa secukupnya
  • Minyak untuk menumis

Caranya

  1. Mula-mula gaul dulu ayam yang telah dipotong dengan sedikit garam dan kunyit.
  2. Goreng separuh masak dan ketepikan.
  3. Tumis bahan-bahan yang diblender bersama chilli paste, rempah kasar sampai bau harum.
  4. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi, carrot , air , tomato puri dan santan. Biarkan ia mereneh dengan api yang perlahan.
  5. Bila sudah naik minyak, sedikit pekat, warna pun cantik, carrot empuk dan ayam masak, bubuh garam, perasa dan gula secukupnya.
  6. Masakan ini sedikit manis. Kena ada rasa gula baru sedap.
  7. Hidangkan dengan taburan kacang peas…. Sedap juga dimakan dengan roti.

 

Salad telur ni sebagai side dishes. Malas nak buat acar, hihii…… Kita curah je sos pencicah Aqila. Biasa mak buat sendiri sos salad tu.

 

Advertisements
27
Jul
10

Roti telur berlapis @ murtabak berlapis

Roti telur ni biasanya mak buat waktu petang. Kekadang untuk berbuka puasa. Kami sekeluarga kurang makan nasi. Lebih suka makan mee atau lain-lain .

  • Caranya seperti buat murtabak. Cuma kami guna telur dan hirisan bawang sebagai intinya. Tie ada tabur sedikit daging cincang yang telah dimasak. Tak bubuh serbuk kari pun.
  • Gunakan non-stick pan, bubuh minyak sedikit. Kemudian lapiskan sehelai adunan tepung ( tepung, garam dan air, buat doh seperti untuk buat murtabak atau roti canai)  yang nipis sebagai lapisan bawah.
  • Bubuh campuran telur (3 biji) dan hirisan bawang besar. Taburkan daging cincang yang dimasak sedikit, kalau suka. Mak biasa tak bubuh pun.
  • Kemudian lapiskan sehelai adunan tepung lagi.

  • Tuangkan campuran telur, hirisan bawang dan daging cincang lagi… Macam buat lasagna je.
  • Buatlah beberapa lapis tapi jangan tinggi sangat. Sama tinggi dengan pan tu. Lagipun takut susah nak masak sebab kita goreng atas dapur gas je.
  • Masa memasak ni tutup pan tu supaya intinya masak. Api kena perlahan….
  • Selak dan tengok lapisan bawahnya supaya tidak hangus. Bila lapisan bawah kelihatan masak cantik, balikkan perlahan untuk masakkan lapisan atasnya.

.

.

Inilah hasilnya. Buat jangan gopoh-gopoh. Boleh makan dengan acar timun atau sos tomato begitu sahaja. Makan ketika panas, tau !!

26
Aug
09

Limpa goreng berempah

limpa goreng berempah

Sebenarnya dah tak tahu nak masak apa, jadi goreng je limpa yang dah direbus dalam peti ais ni…. Masak ni senang je. Tumis bawang kecil dan bawang putih yang telah ditumbuk atau dikisar bersama sedikit serbuk kari dan lada kering mesin.

Bubuhlah kicap, tomato dan sedikit gula. Makan dengan nasi panas-panas memang sedap laa….

.

Sambal tumis telur

Sambal tumis telur ni terjangkit dari Cikwan dan Ijan (blog resepi)… nak pengsan tengok sambal tumis telur mereka, ekekeke…..

.

.

akok

Ni akok cik abang yang beli. Biasalah orang kelantan ni time puasa mesti tak sah tak ada akok. Tie suka juga. Biasanya rasanya okay je… tak berapa manis…hehe…

Hmm…. dah nak berbuka ni… Ni lauk hari ni tau ! Waakakaa………..

.

.




Blog Stats

  • 298,508 views
September 2017
M T W T F S S
« Nov    
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  

Categories

Jamu Mata

Udang harimau ni diterbangkan khas dari Sabah

Nasi hujan panas ni buat pertama kali. Terlebih pewarna, hehe....

Nasi mandhi bersama briayani ayam dan daging black pepper

Pudding Lapis Strawberry dan Chocolate

Cupcake ni adalah hadiah Tie kepada keluarga pengantin (adik ipar)

Puff pastry , mini pie