Archive for the 'Uncategorized' Category

09
Nov
16

Jelly Berkuah

Untuk minum petang saya buat jelly ni jer. Guna susu cair sebagai kuah. Tak perlu buat kuah kastard pun.

2016-11-09-16-21-44

 

Sekotak boleh dapat 4 mangkuk kecil sahaja. Masak dengan ikut arahan di belakang kotak.

20161109_120406

Sejukkan dalam peti sejuk. Hidang dengan susu cair dan sedikit buah cocktail jika ada.

cymera_20161109_162043

Alhamdulillah. Sedap pulak jelly perisa apple. πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹

14
Oct
16

Simple dinner

Dah lebih setahun tak update jadi malam ni kita kongsikan hasil “kerajinan” melampau 😊😊😊.

Khas ditujukan kepada Yana, Eja Β dan Ieda, menu simple yg berjaya Kak Nor (Tie tu nama glamour zaman muda) geledah dari peti sejuk magic.

Meatball tu saya hasilkan sendiri sebab masih ada daging cincang. Brown sos tu beli kat tesco/aeon tak ingat dah. Tapi saya ubahsuai sos, masak (walaupun disarankan bancuh dgn air panas), tambah pepper dan beef cube sebab rasa kurang dan macam mentah lak.

2016-10-14-20-35-03

Bila dah rasa ok baru puas hati.

Lepas tu gorenglah apa2 yang ada dalam petisejuk. Dan inilah hasilnya. 😊😊😊

img_20161014_202150

Jemput makan semua 😚😚😚

27
Apr
15

Baked Potato

11169825_897394730303747_8444637982242841926_n

Teringin nak makan jadi kenalah buat sendiri, kan… πŸ™‚

Mula-mula cuci dulu kentang bersih2 tanpa buang kulit.

Rebus hingga kentang masak dan sejukkan.

11182198_897394786970408_7246519660292752683_n

Kemudian belah kentang tu kepada 2 bahagian, keluarkan sebahagian dari isinya dan masukkan dlm bekas lain seperti dlm gambar.

Kentang yang dlm bekas tu dicampur dgn hirisin carrot, daun ketumbar/daun bawang, daging/ayam cincang yg telah masak atau peperoni cincang atau sosej yg dipotong kecil, cheddar cheese, telur, lada sulah dan cili flakes jika suka.

Boleh tambah sedikit garam.

Gaul rata dan masukkan dlm kentang tadi…

Tabur mozzarela, chedder cheese dan sedikit parsley dan bakar hingga masak..

11169825_897394730303747_8444637982242841926_n

Sedap dimakan dengan cili sos jugak !!!

08
Jul
11

Kuih Lopes

Tie amat suka kuih lopes ni. Tiap kali mak buat, kita akan duduk dengan tekun tengok mak membungkus lopes tu.

Bahan-bahannya ialah:

  1. Beras pulut – 2 cawan, dibasuh dan direndam sekurang-kurangnya sejam
  2. Kelapa parut yang putih je… digaul dengan sedikit garam
  3. Daun pisang yang disiat selebar 4-5 jari, basuh dulu laa…
  4. Daun pandan, untuk dimasukkan dalam air untuk merebus lopes tu.. supaya wangi
  5. Gula melaka cair, ambil beberapa ketul, tambah air sikit, dan masak hingga semuanya cair. Tapi hati-hati, sebab kalau leka, gula melaka akan hangus la pulak.

Caranya :

Setelah pulut direndam, toskannya dalam penapis. Ambil daun pisang, bungkuslah seperti yang Tie tunjukkan di bawah ni, ya…

.

 

Lepas tu, susun lopes yang dah dicucuk lidi, dan ikatkan dengan tali kain. Ikat ketat-ketat supaya tidak terbuka bila direbus nanti. Rebus dalam air selama 30-40 min bergantung kepada jumlah lopes yang dimasak. Jangan lupa bubuh daun pandan supaya baunya wangi..

.

.

.

Bila nak makan, buka daun pisang tu, salut dengan kelapa yang telah digaul dengan sedikit garam. Curahkan sedikit air gula melaka sebelum makan…. Hmm…. sedap tau!!

.

.

Jemput makan semua…… πŸ˜›

 

13
Mar
10

Tuna sandwiches

01
Feb
10

Kincam (lily bud)

Hari ni, buat pertama kali Tie masak sayur kincam.. err.. bukan sayur tapi kudup bunga lily yang segar. Biasa makan yang kering tu , bersama tahu kering dan suhun.

.

.

Inilah rupanya ketika segar… dari Cameron highland.

.

.

Dan ini rupanya bila diselak kudup tu… nampak filamen. Cian.. tak sempat nak berbunga dah kena kebas.

.

.

Masak sekejap je. Goreng seperti sayur biasa. Masukkan last sekali. Kemudian terus hidangkan.. Memang sedap laa…

21
Jan
10

Daging Goreng

Daging goreng ni mudah je. Rebus dulu daging tu, kemudian gaul dengan garam dan kunyit. Goreng dengan minyak panas, ditambah dengan bawang yang dihiris, lada serta sayur-sayuran kegemaran.

Boleh menambah perisa seperti kicap atau sos black pepper . Makan dengan nasi panas.




Blog Stats

  • 290,990 views
May 2017
M T W T F S S
« Nov    
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Categories

Jamu Mata

Udang harimau ni diterbangkan khas dari Sabah

Nasi hujan panas ni buat pertama kali. Terlebih pewarna, hehe....

Nasi mandhi bersama briayani ayam dan daging black pepper

Pudding Lapis Strawberry dan Chocolate

Cupcake ni adalah hadiah Tie kepada keluarga pengantin (adik ipar)

Puff pastry , mini pie