Archive Page 2

09
Apr
12

Gulai Rusa bersama Umbut Nyior….

Alhamdulillah… berjaya juga makcik update kat sini setelah 9 bulan menyepi, hihihi….

 

Err… resepinya kita bubuh kemudian, ya…. (kalau rajin laa… 😆  )

08
Jul
11

Kuih Lopes

Tie amat suka kuih lopes ni. Tiap kali mak buat, kita akan duduk dengan tekun tengok mak membungkus lopes tu.

Bahan-bahannya ialah:

  1. Beras pulut – 2 cawan, dibasuh dan direndam sekurang-kurangnya sejam
  2. Kelapa parut yang putih je… digaul dengan sedikit garam
  3. Daun pisang yang disiat selebar 4-5 jari, basuh dulu laa…
  4. Daun pandan, untuk dimasukkan dalam air untuk merebus lopes tu.. supaya wangi
  5. Gula melaka cair, ambil beberapa ketul, tambah air sikit, dan masak hingga semuanya cair. Tapi hati-hati, sebab kalau leka, gula melaka akan hangus la pulak.

Caranya :

Setelah pulut direndam, toskannya dalam penapis. Ambil daun pisang, bungkuslah seperti yang Tie tunjukkan di bawah ni, ya…

.

 

Lepas tu, susun lopes yang dah dicucuk lidi, dan ikatkan dengan tali kain. Ikat ketat-ketat supaya tidak terbuka bila direbus nanti. Rebus dalam air selama 30-40 min bergantung kepada jumlah lopes yang dimasak. Jangan lupa bubuh daun pandan supaya baunya wangi..

.

.

.

Bila nak makan, buka daun pisang tu, salut dengan kelapa yang telah digaul dengan sedikit garam. Curahkan sedikit air gula melaka sebelum makan…. Hmm…. sedap tau!!

.

.

Jemput makan semua…… 😛

 

15
Jun
11

Spiral potato fries

Alamak! Sosnya sememeh lak…. tu lah bila buat kerja kelam kabut. Caranya amat mudah. Cuma jangan kupas kulit kentang, nanti susah macam kita tadi .

Kita goreng dalam baking tin yang buruk ni. Walaupun guna kentang yang kecik, tapi masih panjang lagi spiralnya… lagi pendek lagi mudah nak goreng.

Lepas buat spiral, celup dalam batter, dan salutkan dengan tepung (kita guna tepung kfc jer..).

.

.

Oh…..

Lupa nak tunjuk gadgetnya. Dulu kita ada, beli kat pasar malam rm10 boleh dapat pelbagai jenis slicer. Tapi dah hilang entah ke mana.

.

.

Ini jenis jenama tupperware. Beli kat ebay. Murah je. Ada jenis logam, tapi lebih baik guna jenis plastik ni, lebih selamat.

12
Jun
11

Mee Bandung

Sebenarnya Tie buat mee bandung ni semasa berada di Kota Tinggi, di rumah mak. Try guna rencah yang dalam peket tu, tapi tak sedap. Tengok warnanya pun pucat jer. Jadi di sini Tie sediakan resepi sendiri….. Kalau berani cubalah, haha…

Bahan-bahannya

  1. 1/2 kilo mee kuning
  2. 2 sudu besar udang kering (dikisar halus)
  3. Udang segar , sotong atau daging ( yang telah di rebus dan dihiris nipis) ikut suka hati
  4. 3 -4 labu bawang merah (boleh diganti dengan bawang besar)
  5. 3 ulas bawang putih
  6. 3 sudu besar pes cili kering (sila blender sendiri, jangan guna yang dijual tu, tak sedap!)
  7. 1 biji keledek (yang besar) di rebus dan di lenyek halus
  8. 3 sudu besar kacang tumbuk
  9. 3 biji telur
  10. sedikit sawi
  11. Bawang goreng, daun sup…. untuk hiasan
  12. Lada jeruk (kita suka…. buat sendiri jer)

Caranya

  1. Tumis bawang putih dan bawang merah yang telah diblender atau di tumbuk bersama pes cili kering dan udang kering. Bila dah naik bau, bawang-bawang pun berubah warna, masukkan 2-3 mangkuk air..
  2. Masukkan keledek yang telah dilenyek tu, biar didih sebentar, masukkan udang/sotong/daging.
  3. Bubuh kacang tumbuk, garam dan pecahkan telor ke dalam kuah tu sebiji demi sebiji.
  4. Bila telor dah masak, masukkan sawi pulak.
  5. Akhir sekali masukkan mee kuning yang telah dicuci.

Bila masak, terus angkat dan hidangkan. Tabur bawang goreng, daun sup dan kacang tumbuk jika ada lebih. Mee ni cepat kembang. Jadi hanya masak bila nak makan jer… Ada orang suka masak kuah dan mee asing-asing. Kita suka masak sekali gus . Rasanya lebih mesra, hahaha….

11
Jun
11

Cheesy pastry sticks

.

Cuma guna puff pastri, cut  into strips, tabur grated cheese dan bakar. Sebenarnya nak buat sardine puff, tapi tak sempat, sibuk masak, wanie nak balik hostel…. jadi makan jer la kulit pastry, kah kah kah….!

.

.

.

11
Jun
11

Potato wedges and onion rings with homemade cheesy sauce

  1. Guna kentang jenis russet (isi putih). Kalau guna kentang isi kuning, potong wedges dulu, rebus sekejap dan salut tepung (gandum pun okay) sebelum digoreng garing.
  2. Bawang tu dipotong untuk mendapatkan bentuk cincin. Celup dalam batter (guna campuran gandum, air , 1 sudu besar butter oil , secubit garam dan 1 sudu kecil baking powder).
  3. Lepas tu disalut dengan bread crumbs…. kita buat sendiri bread crumbs dengan kisar roti keras(@roti tongkat), atau sumbat dalam oven kulit2 roti tu dan kisar) . Tak perlu beli bread crumbs sebab boleh buat sendiri dan menjimatkan.

Cheese sauce

  1. 2 cawan fresh milk
  2. Grated cheddar cheese (cubalah guna cheese jenis lain lak….) dalam 1 cawan… kita bubuh sesuka hati, hehe…
  3. pekatkan dengan gandum, (campuran 1 sudu besar gandum dan 3 sudu besar fresh milk)
  4. Food coloring jika suka. Kita tak ada warna oren.
  5. Garam jika suka masin.
  6. Masa memasak sauce ni hendaklah sentiasa dikacau, kalau tak bergumpal-gumpallah cheese tu.

Tujuan kita buat cheese sauce sendiri ni adalah untuk mengawal pengambilan garam. Rasanya kurang masin dari yang dibeli di restoran orang uban tu, haha…. Semua suka makan. Sekejap jer lenyap dari pandangan. :mrgreen:

 

.

05
Jun
11

Sup Ketam Bertauchu

Bahan-bahannya

  • 1 kilo ketam segar (ketam segar rasanya lebih manis)
  • 2 ulas bawang putih
  • 2cm halia
  • 3 biji bawang merah
  • 5-6 batang daun kucai (rupanya macam daun bawang…. dipotong-potong 1 inci panjang)
  • 3 sudu besar tauchu
  • 1-2 mangkuk air

Caranya

  1. Mayang bawang putih, halia dan bawang merah dan tumis hingga warna kekuningan.
  2. Masukkan tauchu dan air (agak-agak, supaya dapat menutupi ketam nanti)
  3. Masukkan ketam yang telah dibersihkan dan dipotong dua.
  4. Tambah sedikit garam.
  5. Bila sup dah mendidih, taburkan daun kucai, kacau dan tutup api.
  6. Hidangkan ketika panas.



Blog Stats

  • 293,793 views
June 2017
M T W T F S S
« Nov    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Categories

Jamu Mata

Udang harimau ni diterbangkan khas dari Sabah

Nasi hujan panas ni buat pertama kali. Terlebih pewarna, hehe....

Nasi mandhi bersama briayani ayam dan daging black pepper

Pudding Lapis Strawberry dan Chocolate

Cupcake ni adalah hadiah Tie kepada keluarga pengantin (adik ipar)

Puff pastry , mini pie