Posts Tagged ‘kuey teow kungfu

20
Oct
13

Kuey teow kungfu

20131019_194650

Kita dan anak2 suka makan ni, jadi kerana malas nak makan di luar, kita buatlah sendiri.. 🙂

Mula2 sediakan bahan2nya….

20131019_192056

Ni setompok kuey teow yang telah dibasuh, digaul dengan telur, tambah sikit garam dan lada sulah sebagai perisa. Kita tersilap, buat setompok besar, patutnya separuh pinggan, sebab nanti bila dah bubuh kuah ia jadi banyak.  Ini utk satu portion, untuk seorang makan. Nanti lepas ni kita goreng campuran kuey teow ni dalam kuali yang berminyak (boh sikit jer). Goreng hingga garing.. kita guna non stick supaya tiada masalah untuk terbalikkannya..

20131019_192807

Ok, setelah digoreng, inilah rupanya. Jangan terlalu garing, nanti keras lak..  Sebiji telor kita boleh buat 3 portion, utk 3 orang makan, kita buat satu2… jadi senang nak hidang.

Lepas tu kita letak tepi pinggan2 yang berisi kuey teow yang telah digoreng bersalut telur ni.. Kita buat kuahnya lak.

.

.

20131019_191054

Bawang putih dan lada kecil yang telah selamat diketuk, hirisan bawang merah, udang, ayam dan jika suka tambahlah sotong dan lain-lan…

Tumis bawang putih, bersama hirisan bawang besar, lada kecik… kemudian masukkan udang dan ayam.. Pastu masukkan air, agak2 utk dibubuh dalam 3 pinggan karang.

20131019_192028

Kemudian masukkan hirisan carrot dan baby corn ni. Sawi tu dimasukkan bila kesemuanya dah masak.

20131019_192503

Pastu masukkan 3 sekawan ni, terpulanglah nak byk mana, ikut cita rasa masing2, ya.. yg blackpepper tu kita bubuh sikit jer.. sos tiram tu kita bubuh 2 sudu besar.. lada sulah tu kita bubuh sesuka hati… juga masukkan garam dan sikit gula.

.

.20131019_192043

Ni tepung jagung. Utk pekatkan kuah, kita bancuh 2 sudu besar dengan sedikit air, kacau rata dan masukkan dalam kuah tadi, masak hingga mendidih, rasa secukupnya, dan akhirnya bubuh sawi tadi.. bila dah masak, cedok kuah dan tuangkan dalam pinggan yang berisi kueyteow yang telah digoreng bersama telur.. seperti di bawah ni..

20131019_194650

Inilah hasilnya. Kita bubuh sikit lada jeruk (sedia ada dlm peti sejuk), hirisan limau, tabur dengan daun ketumbar dan bawang goreng…

Selamat mencuba !!

Jemput makan semua… >_<

` Minta maaf.. gambar kabur……




Blog Stats

  • 293,793 views
June 2017
M T W T F S S
« Nov    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Categories

Jamu Mata

Udang harimau ni diterbangkan khas dari Sabah

Nasi hujan panas ni buat pertama kali. Terlebih pewarna, hehe....

Nasi mandhi bersama briayani ayam dan daging black pepper

Pudding Lapis Strawberry dan Chocolate

Cupcake ni adalah hadiah Tie kepada keluarga pengantin (adik ipar)

Puff pastry , mini pie