Posts Tagged ‘Udang

09
Oct
09

Barbeque udang dan Tahu sumbat

Pagi tadi Tie ke pasor dengan hubby, nak beli udang sebab terliur tengok udang2 kat Phuket tu. Jumpa yang cikeding ni je.. tak pe la. Janji udang.

Balik pasor terus perap dengan sos ikan bakar je. Malas nak buat ramuan sendiri. Sumbat dalam peti sejuk, bila nak makan baru bakar atas dapur arang.

Tengok gambor tu sebelah mata aje la, ya. Yang itam tu bukan hangus, cuma hiasan …ekekeke….

Cik abang makan tanpa banyak soal….. sedap la tu agaknya, hi hi…..

Lepas bakar udang tu Tie buat tahu sumbat. Tahu tu tembam sangat (macam tuannya , hehe). Susah nak sumbat isiperutnya. Lebih2 tu Tie tabur je atas tahu tu, dan siram dengan kuah kacang.

Hmm……. boleh tahan laa… Puji diri sendiri, waaakakaa….. Tie email gambor2 ni kepada adik yang kebetulan bercuti di rumah mak. Mak dan ayah sempat tengok lauk pauk yang anaknya masak. Esok katanya mak nak buat tahu sumbat pulak. Agaknya terliur, ekekekeke……

Advertisements



Blog Stats

  • 312,838 views
August 2018
M T W T F S S
« Nov    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Categories

Jamu Mata

Udang harimau ni diterbangkan khas dari Sabah

Nasi hujan panas ni buat pertama kali. Terlebih pewarna, hehe....

Nasi mandhi bersama briayani ayam dan daging black pepper

Pudding Lapis Strawberry dan Chocolate

Cupcake ni adalah hadiah Tie kepada keluarga pengantin (adik ipar)

Puff pastry , mini pie

Advertisements