27
Jul
10

Roti telur berlapis @ murtabak berlapis

Roti telur ni biasanya mak buat waktu petang. Kekadang untuk berbuka puasa. Kami sekeluarga kurang makan nasi. Lebih suka makan mee atau lain-lain .

  • Caranya seperti buat murtabak. Cuma kami guna telur dan hirisan bawang sebagai intinya. Tie ada tabur sedikit daging cincang yang telah dimasak. Tak bubuh serbuk kari pun.
  • Gunakan non-stick pan, bubuh minyak sedikit. Kemudian lapiskan sehelai adunan tepung ( tepung, garam dan air, buat doh seperti untuk buat murtabak atau roti canai)  yang nipis sebagai lapisan bawah.
  • Bubuh campuran telur (3 biji) dan hirisan bawang besar. Taburkan daging cincang yang dimasak sedikit, kalau suka. Mak biasa tak bubuh pun.
  • Kemudian lapiskan sehelai adunan tepung lagi.

  • Tuangkan campuran telur, hirisan bawang dan daging cincang lagi… Macam buat lasagna je.
  • Buatlah beberapa lapis tapi jangan tinggi sangat. Sama tinggi dengan pan tu. Lagipun takut susah nak masak sebab kita goreng atas dapur gas je.
  • Masa memasak ni tutup pan tu supaya intinya masak. Api kena perlahan….
  • Selak dan tengok lapisan bawahnya supaya tidak hangus. Bila lapisan bawah kelihatan masak cantik, balikkan perlahan untuk masakkan lapisan atasnya.

.

.

Inilah hasilnya. Buat jangan gopoh-gopoh. Boleh makan dengan acar timun atau sos tomato begitu sahaja. Makan ketika panas, tau !!


6 Responses to “Roti telur berlapis @ murtabak berlapis”


  1. July 27, 2010 at 11:25 am

    wah…..tq tq tq kak tie,menarik menu ni simple je. ni bagi milla idea nak berbuka apa ptg ni…seronotnye x payah fikir lagi, nak gi beradu jap….

    • 2 Tie
      July 27, 2010 at 11:32 am

      Uwaaaa……… Milla puasa, ya….

      Selamat berpuasa. Hehe…

      Pandai tebar tak ? Kak tie tak pandai nak tebar roti ni. Biasa canai pastu ratakan dengan jari guna minyak. Tapi selalu koyak sana sini, hihihi….

  2. 3 ima
    July 27, 2010 at 3:12 pm

    wahhhh kak tie…nampak sungguh sedap…tapi tak pandailah nak uli tepung…selalu tak menjadi klu buat roti…huhuhu

  3. July 28, 2010 at 1:38 pm

    blm pernah mkn…blh try test buat hehehe…

    kak tie, hari tu sy balik dr trg ke ipoh ikut tasek kenyir…sunyinya…kereta kami je huhuhu…tapi cpt je sampai. jimat dlm 3-4 jam. tapi walau pun org trg tapi tak pernah ikut jln sana beberapa kali turun kereta tanya jalan ….

    • 6 Tie
      July 30, 2010 at 7:31 am

      Ooo… kak tie baru tahu boleh ke Ipoh lalu ikut tasek kenyir, waakakaa….

      Baguslah cuba jalan baru tu, dapat jimat minyak, ekk… Sekarang ni minyak kan dah naik. Lain kali singgah kuala berang, boleh borong jagung, hihi..


Leave a comment


Blog Stats

  • 338,240 views
July 2010
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Categories

Jamu Mata

Udang harimau ni diterbangkan khas dari Sabah

Nasi hujan panas ni buat pertama kali. Terlebih pewarna, hehe....

Nasi mandhi bersama briayani ayam dan daging black pepper

Pudding Lapis Strawberry dan Chocolate

Cupcake ni adalah hadiah Tie kepada keluarga pengantin (adik ipar)

Puff pastry , mini pie