Archive for the 'Ayam' Category

26
May
11

Ayam panggang madu

Dah lama tak main bakar-bakar ni. Atas permintaan Wanie (siap talipon dari sekolah), kita buatlah ayam madu ni. Resepi mudah je. Ikut cara buat ayam pedas cuma tambah madu atau palm sugar kalau tak ada.

Lepas masak ayam tu bersama kuahnya, bolehlah dipanggang atas api arang atau grill je dalam oven. Cubalah. Anak-anak mesti suka makan.

15
Feb
11

Nasi hujan panas dan opor merah

Sempena hari Maulidur Rasul, kita dengan bersemangatnya memasak sesuatu yang istimewa untuk meraikannya. 😛

Nasi hujan panas amat mudah, seperti juga nasi minyak. Kita guna beras basmathi jenis Moghul. Hasilnya memang ternyata memuaskan.

Di sini kita cuba sediakan resepinya buat anak-anak dan adik-adik yang baru belajar memasak.

 

Nasi Hujan Panas

Bahannya :

  • Beras Basmathi (sebaiknya jenis Moghul untuk mendapatkan nasi yang panjang dan cantik) – 3 cawan
  • Bawang besar (saiz kecil) – 1 labu dimayang halus atau dadu jika suka
  • Bawang putih – 3 ulas (ditumbuk lumat bersama halia)
  • Halia – 1 inci
  • Butter atau minyak sapi – 3 sudu besar
  • Daun pandan – 2 helai dicarik-carik
  • Rempah kasar (kayu manis, cengkih, pelaga, bunga lawang) – sedikit jer.
  • Air bersih – 3 cawan
  • 3 pewarna , contohnya merah, kuning dan hijau.

Caranya

  1. Basuh beras dan rendam dalam 20-30 minit. Kemudian buang airnya dan sejat.
  2. Tumis bawang yang dimayang halus bersama bawang putih dan halia, rempah kasar sampai naik baunya. Guna butter atau minyak sapi… majerin pun boleh.
  3. Kemudian masukkan beras basmathi yang disejat tadi, gaul perlahan dengan tumisan, supaya butir-butir beras tu disalut rata.
  4. Bubuh air yang 3 cawan tadi, campakkan 1 sudu kecil garam, kacau rata, bubuh daun pandan dan masaklah dalam rice cooker.
  5. Oh, ya… kita guna periuk rice cooker masa tumis bawang tadi (atas dapur), jadi terus angkat dan sambung masak guna rice cooker (jangan lupa tekan on).
  6. Biarkan ia masak (jangan buka tudung), tunggu 10 min (lepas suis nasi bertukar kepada warm) baru buka tudung, titiskan 3 perwarna di tempat berlainan)
  7. Guna chopstick untuk gaulkan pewarna tu dalam nasi dengan perlahan.

~ Jika kalian sayang nak guna periuk nasi atas dapur, gantikan dengan periuk biasa, kemudian salinkan ke periuk nasi elektrik dan onkan…. Masak guna rice cooker lebih mudah. 😛

 

Opor Merah

Bahannya

  • Ayam  1/2 ekor, dibersihkan dan dipotong ikut suka.
  • Bawang besar (saiz besar ) – 1 labu
  • Halia – 1 inci
  • Lengkuas – 1/2 inci
  • Serai – 3 batang (ambil isinya)
  • Bawang putih -3 ulas (kesemua bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas dan serai diblender)
  • Chili paste – 3 sudu besar (kita buat sendiri sebab yang dijual tu masam dan ada pengawet)
  • Tomato puri – 1 tin kecil (kalau tak ada guna sos tomato)
  • Carrot – 1 batang dipotong 1 inci panjang, dan dikerat empat.
  • Kacang peas dalam tin – 1 tin kecil
  • Rempah kasar (kayu manis, cengkih , pelaga, bunga lawang)
  • Santan pekat – 3 sudu besar (kita guna santan kotak)
  • Air – 3 hingga 4 cawan (agak-agak)
  • Garam, gula dan perasa secukupnya
  • Minyak untuk menumis

Caranya

  1. Mula-mula gaul dulu ayam yang telah dipotong dengan sedikit garam dan kunyit.
  2. Goreng separuh masak dan ketepikan.
  3. Tumis bahan-bahan yang diblender bersama chilli paste, rempah kasar sampai bau harum.
  4. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi, carrot , air , tomato puri dan santan. Biarkan ia mereneh dengan api yang perlahan.
  5. Bila sudah naik minyak, sedikit pekat, warna pun cantik, carrot empuk dan ayam masak, bubuh garam, perasa dan gula secukupnya.
  6. Masakan ini sedikit manis. Kena ada rasa gula baru sedap.
  7. Hidangkan dengan taburan kacang peas…. Sedap juga dimakan dengan roti.

 

Salad telur ni sebagai side dishes. Malas nak buat acar, hihii…… Kita curah je sos pencicah Aqila. Biasa mak buat sendiri sos salad tu.

 

03
Nov
10

Ayam panggang beryogurt

Resepi ni Tie reka sendiri, ada iras-iras tandoori tapi ianya berkuah dan lebih sedap kot! Haha…..

.

.

.

Bahannya :-

  • Ayam – 1/2 ekor dibersih dan dipotong ikut suka
  • Bawang besar-          1 labu
  • Bawang putih-           2 ulas
  • Halia                        3 cm

Kesemuanya di atas diblender .

  • Chilli flakes                       2 sudu besar
  • Garam masalla                 1 sudu besar
  • Gula                                 1 sudu besar
  • Mentega/margerin             2 sudu besar
  • Yogurt                              3 sudu besar
  • Daun ketumbar diracik kasar        1-2 tangkai kecil
  • Garam secukup rasa.
  1. Campurkan kesemua bahan-bahan di atas dan yang diblender kepada ayam yang telah dibersihkan. Perapkan setengah jam.
  2. Kemudian, masukkannya kedalam kuali dan masak hingga ayam separuh masak.
  3. Panggangkan ayam atas api atau dalam oven hingga masak.
  4. Lebihan kuah tu di masak hingga pekat dan keluar minyak. Rasa kuahnya agar cukup rasa garam dan gula.
  5. Tuangkan kuah tu ke atas ayam panggang untuk dihidang.

06
Oct
10

Ayam masak kicap

Anak-anak suka makan ayam masak kicap ni. Terutama kentang tu. Ayah mereka lak boleh cicah dengan roti lagi.

Caranya mudah. Resepinya ada ditulis di sini. Tapi Tie terlupa nak bubuh tomato, hehe… Ada ke gitu ?

03
Oct
10

Ayam Tandoori

Hari ini terasa rajin, rasa nak main bakar-bakar. Jadi kita buat tandoori chicken minus pewarna merah tu….

Caranya mudah sekali.

Tumbuk bawang merah, gaulkan ayam yang dibersihkan bersama sedikit yogurt, garam, paprika, lada sulah, sedikit serbuk garam massala dan perahan lemon serta pewarna merah jika suka. Perap beberapa jam dan bakar. Tie bakar atas arang.

Hmm…. sedaplah jugak! Kena puji diri sendiri, ekekekeke…………

30
Aug
10

Ayam Paprik

Ayam paprik adalah antara masakan mudah untuk mereka yang baru belajar memasak, atau yang malas macam kita, ekekeke…….

Bahan-bahannya,

  1. Potongan kecil ayam (tanpa tulang)
  2. Bawang merah, bawang putih, halia yang dicincang halus
  3. Sedikit paste cili mesin
  4. Lada bangala pelbagai warna, dipotong kecil
  5. Hirisan lobak merah
  6. Baby Corn, jika suka
  7. Sos tiram, 2 sudu besar
  8. Daun limau purut (dikoyakkan) dan serai diketuk.
  9. sedikit gula dan garam sebagai perasa.
  10. Daun ketumbar sebagai hiasan

Goreng ayam yang digaul dengan sedikit kunyit dan garam hingga separuh masak, lalu angkat dan letak tepi. Tumis bawang-bawang, serai, halia dan paste cili mesin hingga naik minyak. Masukkan lobak merah, lada banggala dan ayam.

Masukkan sos tiram, sedikit air untuk kuahnya dan baby corn.   Masak sepenuhnya, bubuh pula daun limau purut dan angkat. Hias dengan hirisan daun ketumbar.

24
Aug
10

Nasi arab dan ayam panggang ala kenny rogers

Ingat nak masak simple-simple je hari ni, tapi tetiba ada peluang ke kedai tengahari tadi. Jadi, dapatlah memborong sikit dan fikir nak masak nasi arab atau nasi minyak.

Tapi, kita malas nak buat lauk briayani, terus godek-godek dan jumpa resepi ayam panggang kenny rogers di blog Ijan. Tie buat guna separuh je ayam sebab takut tak habis.

Rupanya tak berapa cantik, sebab mungkin terlalu banyak rempahnya.. tapi rasanya okaylah jugak, hehehe…

Resepi ayam panggang kenny rogers boleh cari di blog Ijan. Kita malas nak copy paste resepinya. Resepi nasi arab pulak teramatlah mudah. Macam nasi minyak cuma bubuh beberapa ketul kecil ayam. Kalau tak tahu, boleh cari di blog Ain. 😆

Kita saja bubuh color kuning pada nasi arab tu. Nampak ceria sikit!

22
Aug
10

Soto Ayam dan Begedil Daging

Adoi laa….. cuba tengok begedil xxl kita, ekekeke…. Punyalah malas nak menggentel kecik-kecik. Tak sabor nak siap cepat.

Resepinya boleh google sendiri. Dah datang angin malas la ni, hehe… Tapi bila nak buat begedil ni, kena goreng kentang tu dulu. Jangan pulak direbus, kang benyek lak jadinya.

.

.

Ini lah rupa soto ayam kita. Kali ni kita buat lengkap. Siap ada soon goreng lagi.

21
Aug
10

Gulai Ayam Hutan

Rasa dan texture ayam hutan hampir menyamai ayam kampung, mungkin lebih pejal. Untuk memasaknya Tie guna resepi gulai ayam kampung versi Ganu.

Caranya :-

  1. Tumis hirisan bawang kecil, bawang putih, halia , cengkih , pelaga, kayu manis dan bunga lawang.
  2. Bila bawang keperangan, masukkan paste rempah kari biasa (Tie guna adabi) bersama sesudu serbuk ketumbar (yang digoreng tanpa minyak dan ditumbuk lumat). Teruskan menumis hingga naik minyak.
  3. Masukkan santan cair dahulu, potongan ayam hutan @ ayam kampung dan masak hingga empuk. Biasa guna pressure cooker atau dapur arang.
  4. Tambah santan lagi untuk mendapatkan kuah yang sederhana pekat.
  5. Masukkan kerisik dalam sesudu dua untuk seekor ayam kecil, perasa seperti garam dan gula melaka@kabung @ gula merah @ nisey. Rasalah cukup garam dan sedikit manis.
  6. Akhir sekali bubuh sedikit (sesudu kecil) paste asam jawa untuk seimbangkan rasanya.

Cubalah… resepi ini boleh juga diguna untuk menggulai itik serati. Sedap dicicah dengan roti banggali atau roti arab. 😛

20
Jan
10

Nasi ayam

Lama tak buat nasi ayam. Dah jemu, dan tak tahu nak masak apa hari ni, terus teringat nak buat nasi ayam. Tie guna beras basmathi.

.

.

Ayam tu dikukus dan dipanggang kejap  ( setelah diperap dengan kicap manis, lada sulah, bawang putih , halia dan garam secukupnya)  untuk dapatkan rasa istimewa, hi hi hi……….

.

.




Blog Stats

  • 338,269 views
May 2024
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Categories

Jamu Mata

Udang harimau ni diterbangkan khas dari Sabah

Nasi hujan panas ni buat pertama kali. Terlebih pewarna, hehe....

Nasi mandhi bersama briayani ayam dan daging black pepper

Pudding Lapis Strawberry dan Chocolate

Cupcake ni adalah hadiah Tie kepada keluarga pengantin (adik ipar)

Puff pastry , mini pie