Archive for the 'pengat' Category

11
Oct
10

Bubur chacha

Pengat lagi….. hihi…

Kali ini Tie buat bubur chacha. Memang dah lama nak buat cuma tak jumpa chacha yang berkenan di hati. Akhir sekali jumpa sebungkus kecil di Giant. Ada dua jenama, Tie pilih yang dari syarikat muslim. Yang satu lagi tu hanya tulis syarikat LCK… jadi tentu terfikir yang bukan-bukan…

Mula-mula potong dadu keledek (dan atau labu dan keladi). Rebus hingga empuk dan ketepikan.

Rebus pula chacha hingga masak. Masukkan santan dan keledek tadi serta daun pandan dan gula. Tambahkan secubit garam untuk seimbangkan rasanya.

 

06
Oct
10

Pengat pisang nangka

Pisang nangka dah masak. Setelah puas menggorengnya kita buat pengat lak. Dulu masa kecik-kecik tak suka pengat, tapi bila dah jadi makcik ni jadi suka, hihihi…..

Pisang nangka ni rasanya sedikit masam, jadi memang sesuai benor la dibuat pengat. Selain dari pisang nangka, boleh guna pisang tanduk (lagilah sedap!), pisang helang dan lain-lain.

Tie tambah secubit garam untuk menambahkan rasa lemak. :mrgreen:




Blog Stats

  • 338,269 views
May 2024
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Categories

Jamu Mata

Udang harimau ni diterbangkan khas dari Sabah

Nasi hujan panas ni buat pertama kali. Terlebih pewarna, hehe....

Nasi mandhi bersama briayani ayam dan daging black pepper

Pudding Lapis Strawberry dan Chocolate

Cupcake ni adalah hadiah Tie kepada keluarga pengantin (adik ipar)

Puff pastry , mini pie